Tue. Oct 4th, 2022

Kerana Teh Tarik Sebungkus ‘Ikat Tepi’ Mengubah Landskap Hidup Lelaki B40 Ini Kepada T20 Selepas Dibuang Kerja, Perkongsian Cerita Ini Menjadi Pengajaran Buat Semua

Lelaki B40 ubah diri kepada T20 selepas dibuang kerja… teh tarik bungkus ikat tepi jadi punca, ubah kehidupan!

Jangan pandang B40 sebelah mata!

Seseorang itu tidak akan selamanya hidup susah sekiranya ada usaha, rajin dan doa.

Menurut ceritanya, kerana teh tarik sebungkus ‘ikat tepi’ mampu mengubah landskap hidup seseorang.

“Memang hari-hari lambat sebab komuter bergerak ikut masa, kadang-kadang delay sebab masalah teknikal,” tulis pengguna Facebook bernama Hamdan Abdul Manan.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi mengenai tabiatnya yang sering membeli teh tarik di stesen komuter kerana menganggap rasanya sangat sedap sehingga membuatkan dia ketagih.

Walaupun terbangun lambat untuk pergi ke tempat kerja, dia tetap singgah dekat stesen komuter bagi membeli teh tarik kesukaannya.

“Aku naik trip berikutnya. Kelewatan yang melampau akhirnya menyebabkan bos bagi surat pemberhentian kerja. Berakhirlah kerjaya aku masa tu,” ujarnya.

Enggan berputus asa, Hamdan memberitahu, dia pergi ke gerai teh tarik yang sering dikunjunginya pada keesokan hari dan bukannya membeli teh tarik seperti kebiasaan, tetapi mencari kerja.

“Aku belajar cara buat teh tarik sedap hingga khatam. Dalam masa enam bulan je aku ambil alih gerai tersebut sebab tauke pindah balik kampung jaga orang tua.

Antara komen netizen

Malah katanya, dia turut menceburi pelbagai bisnes sehingga mengubah statusnya dari M40 ke T20, dan kini bergelar sebagai tauke kedai kereta terpakai.

“Kadang-kadang benda yang kita rasa malang atau musibah sebenarnya Tuhan ada rancangan untuk kita jadi lebih baik. Yang penting tangkap dulu apa saja peluang yang ada walaupun bukan bidang kita tapi boleh belajar sebenarnya,” tulisnya di Facebook.

“Syukur Alhamdulillah. Rezeki ada di mana-mana.”

“Tiada jalan pintas untuk berjaya.”

“Siapa yang tulis ‘once B40 always B40’. Maaf, teori awak terbukti tak betul,” demikian komen netizen.

Produk Yang Disyorkan

Beli disini: F&N Teh Tarik 4 botol (RM8.79)

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

error: Haipp!!!