Thu. Dec 8th, 2022

“Biasa la tu apa apa rakam dulu…”, Lelaki Leka Rakam Gambar Banjir Di Baling Terperangkap

Alor Setar: Seorang lelaki yang sedang asyik merakam keadaan banjir di Kampung Iboi, Baling berdepan detik cemas apabila dia terperangkap selepas air di kawasan itu naik mendadak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Baling tiba di lokasi dan mendapati arus deras di kawasan Kampung Iboi, Baling.

Beliau berkata, komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 40-an sedang leka mengambil gambar keadaan banjir di situ tanpa menyedari air sedang naik mendadak.

Mohamadul Ehsan berkata, seterusnya pasukan penyelamat menjalankan pemantauan ke Kampung Padang Empang bersebelahan untuk menjalankan tugas menyelamat seorang warga emas.

Katanya, setibanya di tempat kejadian, orang ramai sudah membantu mengeluarkan warga emas berkenaan ke tempat selamat.

“Anggota bomba kemudian bergerak ke Kampung Dusun berhampiran untuk menyelamatkan sebuah keluarga terdiri daripada seorang kanak-kanak berusia dua tahun, seorang remaja berusia 15 tahun serta ibu bapa mereka berusia 40-an.

“Keempat-empat mangsa ini dipindahkan oleh Pasukan Penyelamat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Padang Empang, Kupang, Baling,” katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, keadaan situasi aliran sungai ketika ini semakin surut.

Produk Yang Disyorkan

Beli Disini: High Strenght Inflatable Boat PVC Rubber (RM57.98)

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!