Tue. Oct 4th, 2022

Peserta Gegar Vaganza Baru Sahaja Diumum, Tiba-Tiba Ramai Terkejut Ada Beberapa Penyanyi Terlebih Layak

BERMULA 18 September ini, program hiburan popular, Gegar Vaganza terbitan Astro bakal kembali bersiaran dengan menampilkan 12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan masyhur bersaing merebut kedudukan.

Berada dalam senarai 12 penyanyi solo yang menjadi pilihan ke GV9 ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok Newboyz, Dina Nadzir dan Bob Yusof.

Penyanyi solo lain yang turut disenaraikan oleh Astro dalam usaha merebut tempat dalam GV9 ialah vokalis kumpulan DefGabC, Asheed, Fuad Rahman Singapura, Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Haida, Pat Candy dan Tom.

Sementara itu, pada pengumuman penerbitan GV9 oleh Astro sebentar tadi juga, program berkenaan juga akan mengekalkan tiga pengkritik masyhur yang terdiri daripada maestro tersohor, Datuk Ramli MS, biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang dan pensyarah serta penghibur Datuk Syafinaz Selamat.

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, musim baharu GV terus berusaha menampilkan peserta-peserta yang memiliki bakat luar biasa sebagai meneruskan kegemilangan musim-musim sebelum ini.

Menurut Raqim, Astro sangat berbangga kerana dapat menarik perhatian nama-nama besar penyanyi tanah air untuk bertanding di sebuah platform yang sudah terbukti kemasyhurannya.

“Ternyata GV menunjukkan betapa relevannya rancangan ini bukan sahaja untuk peminat tetapi juga artis-artis sedia ada. GV masih jadi platform untuk barisan penyanyi mengukir nama mereka semula,” kata Raqim dalam sidang media.

GV9 yang akan mula bersiaran 18 September ini dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.

Juara program ini akan membawa pulang wang tunai RM 100,000 sementara naib juara ditawarkan RM 50,000 sementara pemenang tempat ketiga akan dihadiahkan RM 30,000.

Penyanyi-penyanyi seperti sebelum ini ialah Ayai ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Cliff Umar dan Aliff Aziz merupakan mereka yang pernah menjadi juara GV dalam musim-musim sebelum ini.

Antara Reaksi Orang Ramai

“Jaclyn, Shila Amzah ngn Tomok masih dalam circlepemes lagi, cam tak sesuai plak nak masuk GV.”

“Org nk tgok artis lama 80,90 an. Ni yg generasi 2000 ke ats dh ni.”

“Kalau macam tu Baik ajak Dato Jamal Dan Siti norhaliza sekali.”

“Alang2 dah ambik penyanyi yg masih aktif lagi bagi masuk laa aina abdul, ernie zakri, hael husaini ,naim daniel apooooo kata GV utk artis2 yg dah lama menyepi.”

Kredit : Astro

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!