Mon. Dec 5th, 2022

Remaja Perempuan Curiga Selepas Menghantar Sahabatnya Berjumpa Seorang Lelaki, Menjadi Kenyataan Apabila Rakan Sekolahnya Ditemukan M4ti Di Dalam Sebuah Kereta

Gambar Sekadar Hiasan

Alor Gajah: Gerak hati seorang remaja perempuan yang curiga selepas menghantar sahabatnya berjumpa seorang lelaki petang semalam, menjadi kenyataan apabila rakan sekolahnya itu ditemukan m4ti di dalam sebuah kereta pagi tadi.

“Saya bergegas ke Japerun untuk mencarinya dan sebaik tiba saya dapati kereta Perodua Kancil yang dinaiki pemuda itu masih berada di lokasi, namun ditutup kain kanvas.

“Saya segera menyelak kain kanvas itu dan melihat kedua-dua mereka tidak sedarkan diri lalu menghubungi kakak mangsa,” katanya di temui di lokasi.

Menurut Damia, tidak menyangka semalam adalah kenangan terakhir mereka bersama dan sempat membawa mangsa bersiar-siar dengan menunggang motosikal.

Sementara itu, bapa saudara remaja lelaki itu berkata, mangsa adalah anak sulung kakaknya daripada enam beradik dan seorang yang pendiam namun mempunyai ramai kenalan.

Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.

“Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama.

“Ibunya beritahu sebelum kejadian iaitu selepas asar, arwah ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk pergi ke pantai, tidak sangka ini yang berlaku,” katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Menurutnya, mereka sekeluarga difahamkan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua mangsa melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.

Katanya jenazah anak saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.

Sementara itu, ibu mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dan amat bersedih dengan kejadian.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!