Tue. Oct 4th, 2022

“S4ngap sangat ke?”, Polis Buru Lelaki Tempatan Mengintai Seorang Guru Wanita Di Tandas Kompleks Sukan Negara

Shah Alam: Polis memburu lelaki tempatan yg didakwa mengintai seorang guru wanita di tandas di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21, di sini, baru-baru ini.

“Siasatan awal mendapati pada 15 Ogos itu, pengadu ke Kompleks Sukan Negara membawa pelajar untuk latihan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan.

“Semasa mangsa berada dalam tandas wanita, dia menyedari seorang lelaki mengintai dari tandas sebelah. Suspek melarikan diri sejurus mendengar jeritan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati suspek disyaki seorang lelaki tempatan yg mana mangsa hanya sempat lihat paras kepala hingga mata suspek saja.

“Pengadu tidak nampak sebarang peralatan dipegang suspek untuk merakam pengadu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan bermula sejak pengadu membuat laporan sehingga kini dan suspek masih diburu.

“Siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lain-lain lokasi berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Hadi di talian 016-2745515,” katanya.

Katanya, kenyataan media itu susulan video CCTV berkenaan mulai tular di media sosial yg menunjukkan seorang lelaki memakai baju dan seluar gelap mundar-mandir sebelum memasuki tandas wanita di kompleks itu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!