Mon. Nov 28th, 2022

Selepas Dilabel ‘Kaki Menjawab’, Ifa Raziah Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Berkenaan Tuduhan Kepadanya Dalam Satu Temu Bual

KONTROVERSI melibatkan penyanyi dangdut popular, Ifa Raziah semakin hangat diperkatakan.

Tidak hanya berdiam diri selepas dilabel ‘kaki menjawab’, Ifa Raziah akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan tuduhan yg dilemparkan kepadanya dlm satu temu bual bersama wartawan F8BUZZ.

“Eh, aku memang kaki menjawab. Kau dah kenapa?

“Aku jawab utk diri aku, defend diri aku, kalau dia cakap macam mana pun kalau aku tak defend diri aku siapa nk defend aku?

“Aku cakap benda yg betul kot. Benda yg berlaku, bukan aku propa. Bukan aku buat-buat berlakon ke apa?

“Aku defend diri aku… Aku cakap benda yg betul. Tak kanlah orang bercakap, orang mengata aku tak defend diri aku.

“Kalau aku tak defend diri aku siapa nk defend? Korang? Tak…

“Penonton aku tak kisah, pegi mampos lah dengan diorang. Aku sekarang ni, Datuk Hattan. Aku pun menjawab benda yg tak biadab kan?” katanya.

Video berdurasi 2 minit lebih yg dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu ternyata mencetuskan pelbagai respons negatif dlm kalangan netizen yg menyifatkan penyanyi itu tidak seharusnya memarahi wartawan berkenaan kerana beliau hanya menjalankan tugas.

Bahkan, ada juga yg mendakwa, Ifa bersikap dingin ketika ditemu bual wartawan terbabit akibat berasa malu selepas nyanyiannya ditegur oleh Datuk Hattan.

Menerusi tinjaun Netizen Malaya di ruangan sosial media, rata-rata netizen mendakwa kontroversi yg menimpa penyanyi yg popular menerusi lagu Gemerincing Rindu ini adalah balasan utk dirinya kerana menggunakan nama ‘Diva’ namun masih sendu.

Malah, ada yg melabel tindakan Ifa itu sebagai bongkak dan sengaja mencari pasal dengan netizen apabila membuat kenyataan ‘Pergi mampus dengan mereka’ dlm sesi temu bualnya itu.

Harap minggu depan tersingkir

Dia koyak wey

Sumber: TikTok F8Buzz

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!