Tue. Oct 4th, 2022

Selepas Puteri Balqis Bongkarkan Perbuatan & Sikap Jijik Bapa Kandungnya, Muncul Pula Seorang Individu Lelaki Yang Mengaku Sebagai Bapa Saudaranya

SELEPAS pelakon remaja, Puteri Balqis membongkarkan perbuatan dan sikap jijik bapa kandungnya di laman sosial, muncul pula seorang individu lelaki yg mengaku sebagai bapa saudara kepada Puteri Balqis.

Individu lelaki tersebut meminta Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish utk berhenti memburukkan bapa sendiri dan menganggap Aqish hanya membuat drama bodoh menerusi sebuah ciapan di Twitter.

Gara-gara ciapan tersebut, individu atau nama pengguna Twitter @Roklee dihujani kecaman drpd pengguna Twiiter lain kerana menyebelahi bapa kandung Aqish.

Oleh itu, menerusi ciapan lain, dia mengaku dirinya sebagai bapa saudara kepada Aqish dan menyatakan dia mengenali bagaimana sikap sebenar pelakon remaja tersebut.

sebab aku bapak sedara si balqis ni

Susulan itu, Aqish memuat naik ciapan tersebut di Insta Storynya bagi memaklumkan bahawa dia tidak mengenali individu tersebut dan turut mendedahkan siapa bapa saudaranya yg sebenar baru-baru ini.

“Abang saudara saya yg sebenar hanyalah @fxckbenjaminz yg mengamalkan konsep dan nilai-nilai murni seperti kami iaitu “Man… I don’t give a damn,”.

“Abang saudara saya yg sebenar sangat hensem. Dia main bola. Hari-hari dia main bola. Dia tak main Twitter dan Facebook,” jelasnya.

Malah, Aqish turut mendedahkan siapa bapa saudaranya yg sebenar dengan meletakkan gambar dan akaun Instagram bapa saudaranya itu.

“Bapa saudara saya yg sebenar juga sama seperti kami. Kapsyen semua seperti depresi. #hitemup @fxckbenjaminz Aka Adam Ashraf Benjamin. Farris cakap kitorang rindu kau bodoh tak guna punya sedara,” tulis Aqish.

Terdahulu, bapa kandung Aqish atau dikenali sebagai GG dikhabarkan telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan melakukkan perbuatan terkutuk dan jijik kepada Aqish dan ibunya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!