Tue. Oct 4th, 2022

Seorang Lelaki Berusia 20 Tahun Bersama Seorang Wanita Bawah Umur Berusia 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta Perodua Kancil

ALOR GAJAH – Seorang pemuda dan seorang pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui m4ti dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok Cina di sini pada Rabu.

Mangsa lelaki berusia 20 tahun dan pasangannya berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah, berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yg memaklumkan pada polis kira-kira jam 9.25 pagi berhubung penemuan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kenderaan ditutupi kain kanvas berwarna kelabu.

Menurut beliau, pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa lelaki ditemui di tempat duduk pemandu dan kekasihnya di tempat duduk sebelah pemandu.

Kata Razali, leher mangsa perempuan terlentok di bahu kiri lelaki yg baharu menamatkan persekolahan di Kelantan.

“Pasukan perubatan yg berada di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meningg4l dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jen4yah dan kenderaan tersebut milik bapa lelaki terbabit.

“Besar kemungkinan mereka dipercayai terhidu gas karbon monoksida memandangkan pendingin hawa dalam keadaan terbuka dan kenderaan tersebut juga telah kehabisan minyak,” katanya.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menemui botol minuman dan telefon bimbit mangsa.

“Siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa berasal dari daerah ini termasuk mangsa perempuan bersekolah di sekolah menengah di di Lubok China.

“Kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut memandangkan siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk kepada unsur jen4yah,” jelasnya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!