Fri. Sep 30th, 2022

“Aafiyah mintak maaf termarah ibu”, Gelagat Comel Siti Aafiyah ‘Memarahi’ TokTi Mencuit Hati Netizen

GELAGAT comel anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah yg ‘memarahi’ ibunya mencuit hati netizen.

Menerusi perkongsian @watieysoong di TikTok, Siti merakam momen Aafiyah yg sdg mendodoikan adiknya, Muhammad Afwa sementara nak menunggu susunya dibancuh.

“Sementara ibu bancuh susu kakak (Aafiyah), kakak dodoi adik tidur ye,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “Haters gonna hate”, TokTi Didakwa Dapat Layanan ‘Special’ Selepas Tular Foto Uniform Sekolah Bersulam Nama Anaknya Siti Aafiyah

Artikel Berkaitan: Aafiyah Perform Konsert Piano Pertamanya, Tokti Titip Ucapan Penghargaan Buat Gurunya

Dalam video berkenaan, melihat ibunya masih merakam video, Aafiyah dgn nada marah menyuruh ibunya utk membancuh susu.

“Buatlah!” kata Aafiyah.

“Marah ibu dok rakam je.. Tak bancuh susu padahal dah siap bancuh. Garang tu ikut ayah ye,” balas Siti.

Kemudian, Aafiyah sedar akan kesalahannya & meminta maaf kepada ibunya.

“Aafiyah minta maaf sebab buat salah marah ibu sebab nak susu,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dgn telatahnya & memberi ‘amaran’ utk tak memarahi penyanyi nombor satu negara.

“Jangan marah, tu artis nombor satu kami.

“Hahahaha tahu tak dia marah tu penyanyi nombor satu Malaysia.

“Aafiyah, Sitizoner is watching,” komen netizen.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!