Thu. Sep 29th, 2022

“Selama ini, rupanya orang nampak Sarah cantik saja.”, Puteri Sarah Nak Kembangkan Bakat Lakonan & Tiba-Tiba Ada Rezeki Lain Pula

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah, 37, menyifatkan lakonannya dlm drama Sabarlah Duhai Hati di TV3 tahun lalu menjadi langkah permulaan dirinya sebagai pelakon semakin dikenali & terus mendapat tempat dlm industri hiburan.

Puteri Sarah berkata, selama bertahun-tahun menjadi pelakon sebelum ini, baru sekarang bakatnya benar-benar orang lihat & tak lagi hanya dilabel tampil cantik saja.

“Selepas enam tahun berehat lama, dari tahun lepas sampai sekarang, Alhamdulillah saya sangat aktif berlakon. Sejak drama Sabarlah Duhai Hati di slot Akasia TV3 bersama Amyra Rosli & Saharul Ridzwan itu, baru orang nampak (bakat lakonan).

“Selama ini, rupanya orang nampak Sarah cantik saja. Saya sebenarnya memang nak orang nilai & terima bakat lakonan saya. Alhamdulillah, peluang saya berlakon Ayat Dari Langit dengan Rashid Sibir itu, orang semakin nampak lagi.

“Jadi, sekarang saya nak kembangkan bakat lakonan ini & tiba-tiba ada rezeki untuk berlakon teater pula & memang saya nak. Walaupun mulanya saya terfikir ingin berehat dari kerja seketika,” katanya.

Puteri Sarah berkata, sejak pulang dari mengerjakan umrah Mei lalu, hingga kini dia tak putus-putus mendapat tawaran berlakon.

“Tawaran berlakon yg saya terima ‘back to back’ tak berhenti sampai sekarang. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Walaupun saya bercadang nak bercuti pada Oktober nanti, tapi ada rezeki teater pula,” katanya.

Puteri Sarah bakal terbabit dlm teater Maduku Terpaling Kalut yg sudah memulakan latihan sejak 1 September lalu yg turut dijayakan Azrel Ismail, Anna Jobling & ramai lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!