Thu. Sep 29th, 2022

“Jodoh kami masih kuat”, Noor Nabila Tampil Beri Penjelasan Mengenai Tindakannya Padam Gambar Dgn Engku Emran Di IG

“ALHAMDULILLAH, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sbb merajuk.”

Demikian kata usahawan yg juga kakak kpd selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengenai tindakannya memadam gambar dgn suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin di IG.

Disebabkan itu, timbul spekulasi mendakwa perkahwinan dibina pasangan itu sdg bermasalah.

Noor Nabila berkata, adat dlm berumah tangga ada pasang surut.

“Biasalah dlm perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.

“Cuma bila kita jd perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya.

Terdahulu, Noor Nabila & suami hadir bersama pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan & Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam td.

Menurut Noor Nabila, dia sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan & sorotan pihak media.

“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa & keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pd saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan & berjiwa lembut

“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dpt perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila org org menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua org,” ujarnya lagi

Terdahulu, pada Julai lalu kisah rumah tangga pasangan ini menjadi teka-teki apabila Noor Nabila memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.

Namun, Noor Nabila memuat naik hantaran video di TikTok yg memaparkan suaminya sdg menjadi imam solat di rumah mereka, bulan lalu.

Kelibat Engku Emran dlm video itu jelas kelihatan ketika ank Noor Nabila, Jebat Jayden mengambil telefon bimbit yg digunakan utk merakam aksinya sdg solat sebelum diletakkan di bahagian depan.

Noor Nabila & Engku Emran selamat berkahwin pada 19 Mac tahun lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!