Wed. Oct 5th, 2022

“Saya akur tersingkir pd minggu ini.” Ifa Raziah Raih Markah Rendah Undian Online & Tinggi Daripada Pihak Juri?

PENYANYI & peserta program realiti Terpaling Juara TV3, Ifa Raziah telah lama mengetahui namanya bakal disebut sbg peserta pertama yg tersingkir dlm program berkenaan.

Ifa ketika ditemui media berkata dia masih tetap ‘Ifa Raziah’ & masih kekal relevan dlm industri seni hiburan ini.

“Saya akur tersingkir pd minggu ini. Saya dh kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.

“Rezeki Allah itu luas & bukan di sini je. Dekat luar sana ada banyak lg rezeki lain. Mungkin Allah nk tunjuk yg perjalanan saya hanya sampai di sini je tapi dia nk bagi lebih lg drpd apa yg saya dpt di sini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Ifa berkata ketua juri, Datuk Hattan memaklumkan kepadanya punca dia tersingkir adalah krna undian online yg rendah.

“Td Datuk Hattan ada berjumpa dgn saya & dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah drpd pihak juri adalah tinggi.

“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini & mereka tak sempat nk mengundi. Bagaimanapun, saya dh buat yg terbaik,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu Ser Ser Ser ini juga, penyingkirannya drpd program Terpaling Juara ini tak mematahkan semangatnya utk terus berkecimpung dlm bidang nyanyian, meskipun menyedari ramai diluar sana yg menghina.

“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yg baru & baik utk saya. Mungkin ada yg ketawa, bertepuk tgn atau bersorak krna saya tersingkir tetapi ia tak mematahkan semangat saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Saya tetap di sini, berdiri teguh & masih relevan di dlm industri. Org masih lg memanggil saya utk buat persembahan, berlakon & mengacara. Yg ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama je.

“Saya okay sahaja bila org yg tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih krna mereka ini yg memberikan promosi percuma kpd saya.

“Terima kasih krna kini saya makin dikenali, diperkatakan & dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati tak akn tenang,” ujarnya lagi.

Pada minggu keempat program Terpaling Juara, Ifa membawa lagu Purnama & menerima pujian drpd pihak juri namun diumumkan peserta pertama tersingkir.

error: Haipp!!!