Mon. Nov 28th, 2022

“Saya mengaku itu mmg kesilapan saya” Shaz Tampil Jelaskan Kesilapannya Yg Tersalah Lirik Ketika Bawa Lagu ‘Purnama Merindu’ Dendangan Asal Datuk Seri Siti Nurhaliza

PENYANYI & peserta program realiti Terpaling Juara TV3, Shaz tampil menjelaskan berhubung kesilapannya yg tersalah lirik ketika membawakan lagu Purnama Merindu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Shaz atau nama sebenarnya Shazreen Shaharum, dia sgt gementar ketika diberi tugasan utk membawa lagu penyanyi kegemarannya itu.

“Saya blank ketika di ats pentas. Sebenarnya, masa mula-mula dpt tahu saya akn membawakan lagu TokTi, saya rasa agk gementar krna bkan semua org mampu & berani menyanyikan lagu beliau.

“Utk nyanyian biasa mgkin bleh ttpi utk menyanyi di pertandingan memang sgt mendebarkan. Ketika itu fikiran saya kosong & perkataan ‘hiasan sanggul’ itu muncul secara tiba-tiba. Saya mengaku itu mmg kesilapan saya,” jelasnya.

Disamping itu, Shaz mengambil kesempatan utk memohon maaf kpd semua pihak terutamanya kpd Siti Nurhaliza krna dianggap tlah mencemarkan lagu tersebut.

“Saya ingin memohon maaf terutamanya para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya sendiri merupakan peminat beliau. Saya tahu saya tlah mengecilkan hati ramai pihak krna ini merupakan lagu kesukaan ramai.

“Saya ada menerima banyak mesej drpd netizen sampai saya tak terbaca tp saya ada juga ternampak komen-komen yg mengatakan saya seperti sengaja mengubah lirik lagu tersebut & tak menghormati penulis lirik. Saya menafikan tuduhan.

“Bg saya, ketika saya blank itu, kalau saya memilih utk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya bkan sahaja akn menghancurkan hati saya sendiri tetapi juga kapten & penyokong yg dtg dari jauh. Itu lg teruk.

“Perkataan itu sahaja yg terlintas di hati saya. Insya-Allah, saya berjanji utk tak mengulangi lg kesilapan itu,” katanya lagi.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!