Thu. Dec 8th, 2022

Ustazah Asma’ Harun Luah Rasa Sebak, Berterusan Menerima Kecaman Netizen Disebabkan Sekeping Foto Bersama Seorang Anak Ahli Politik

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, meluahkan rasa sebak apabila berterusan menerima kecaman ramai disebabkan sekeping fotonya bersama seorang anak ahli politik yg tular di media sosial.

Disebabkan kecaman yg diterimanya secara bertubi-tubi, Ustazah Asma’ jelas tak dpt menahan tangisnya. Malah berkali-kali dilihat mengesar air mata yg mengalir di pipi dgn menggunakan tisu utk meneruskan perkongsiannya.

“Apa yang berlaku, sampai hari ni..saya dikata tali barut, penunggang agama, penjual agama,” ujarnya dlm 1 sesi siaran langsung.

Asma’ menjelaskan, beliau tak mengenali anak ahli politik itu sehingga wanita tersebut memperkenalkan dirinya sblum menyatakan hasrat utk mengambil foto bersama.

Dlm masa sama, pendakwah berusia 39 tahun itu juga terkilan dgn kata-kata cacian dilemparkan berhubung video ketika bertemu dgn penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah.

“Maki hamun dgn segala jenis binatang, apa yg kalian buat sebenarnya?,” katanya.

Dlm 1 perkongsian berbeza, Asma’ bagaimanapun lbih memilih utk memaafkan individu yg bertindak mencaci maki atau memfitnahnya.

“Saya maafkan semua & takkan tuntut apa-apa di akhirat. Saya sebut lgi sekali, tiada apa-apa disimpan dlm hati meskipun saya mengenali individu tersebut.

“Saya takkan ltakkan kebencian, kemarahan sbb hidup kita sgt singkat utk memasukkan rasa benci terhadap manusia dlm hati,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati & bersimpati dgn ujian & fitnah yg menimpa diri Ustazah Asma’. Bukan itu je ramai juga tampil memberi komen yg positif agar menyuntik semangat buat ustazah trus bangkit menghadapi ujian kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak Netizen Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!