Tue. Dec 6th, 2022

“Sudah pastinya ibu & keluarga mahu saya menghebahkan perkahwinan” Selepas Tular Dakwaan Dah Mendirikan Rumah Tangga, Akhirnya Mimi Tampil Beri Penjelasan

PENYANYI Mimi Fly, 36, menepis dakwaan dia dah mendirikan rumah tangga dgn kekasihnya yg bertugas sbgai doktor pakar tulang belakang.

3 tahun menjalin cinta, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham ini mengaku hubungannya bersama jejaka Afrika yg menetap di Dallas, Amerika Syarikat berjalan baik.

“Gosip kahwin, siapa yg kahwin? Mana ada. Saya sdg mengenali hati budi kekasih. Saya juga dah bertemu keluarganya, baru2 ini.

“Saya sendiri tak pasti, jika dah sampai jodoh & mahu berkahwin kelak, saya mahu kongsikan kpd semua pihak. Saya masih berfikir mengenai perkara terbabit.

“Sudah pastinya ibu & keluarga mahu saya menghebahkan perkahwinan. Jika mahu berkahwin, mereka ingin saya beritahu kpd semua. Saya sendiri masih keliru & masih tak tahu. Sejujurnya, kadang2 saya mahu simpan utk diri sendiri je,” katanya.

Mimi ditemui di Majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yg dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, di ibu kota, smlm.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Disoal mengenai cinta jarak jauh yg terjalin, bekas anggota One Nation Emcees ini gembira dgn perhubungan yg terjalin.

“Setakat ini, saya gembira menjalani hubungan dgn kekasih. Saya tak mahu terburu-buru memikirkan soal nikah krna sebelum ini, saya pernah melalui episod kegagalan rumah tangga & pernah melalui proses perceraian.

“Kini, saya tak terlalu fokus kpd perkahwinan. Saya sendiri sibuk dgn kerjaya, kekasih juga fokus dgn kerja. Jd, hubungan jarak jauh ini sesuai dgn kami. Tak perlu harus selalu berjumpa krna masing2 sibuk bekerja.

“Dia seorang lelaki yg baik, begitu juga keluarganya yg mengalu-alukan kehadiran saya, baru2 ni. Penerimaan keluarga pasangan juga penting. Saya gembira krna mereka melayan dgn baik, menghormati serta menerima saya seadanya,” katanya lg.

Sebelum ini, Mimi prnah berkahwin dgn pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pd 16 Mei 2015, namun berpisah selepas 2 tahun bernikah.

error: Haipp!!!