Thu. Sep 29th, 2022

Didakwa Sdg Menjalinkan Hubungan Cinta, Akhirnya Nuha Bahrin & Naufal Azrin Tampil Jawab Persoalan Netizen

PASANGAN duet yg popular menerusi lagu Casablanca, Nuha Bahrin & Naufal Azrin menafikan mereka menjalin hubungan cinta.

Selesa berteman rapat, Nuha atau nama sebenarnya, Nuha Sakina Saiful Bahrin, 22, menyifatkan hubungan yg wujud dgn Naufal seperti adik & abang.

“Tak ada hubungan istimewa pun. Saya anggap dia sebagai abang sahaja. Memang kami rapat tapi hanya sekadar rakan industri.

“Kami selesa berkawan & kalau boleh buat masa ini, kami mahu tumpukan pada kerjaya. Masing2 masih muda, jadi belum terfikir lagi pasal mahu berpasangan atau kahwin,” kata Nuha.

Nuha ditemui pada Sidang Media Pelantikan Nuha Bahrin & Naufal Azrin selaku duta Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022, baru2 ni.

Tambah Naufal atau nama sebenarnya, Ahmad Naufal Azrin, 23, dia lebih selesa menumpukan fokus terhadap kerjaya biarpun ada rakan2 sebayanya dah mendirikan rumah tangga.

“Saya sendiri mahu memberikan fokus kpd kerjaya. Bagi mereka yg sudah mempunyai kekasih & bersedia, digalakkan berkahwin utk elakkan maksiat. Perkahwinan bukan senang, perlulah bersedia terlebih dahulu drpd segi mental, fizikal & kewangan.

“Ada je rakan2 sebaya saya dh kahwin, tetapi mereka dah bersedia dlm byk perkara,” katanya.

Mengulas mengenai pembabitan dlm Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022, Nuha & Naufal mengakui lagu Casablanca membawa tuah utk mereka.

“Sebenarnya, kami dipilih kerana lagi Casblanca memberi impak besar. Selain mendapat perhatian, lagu ini juga menjadi pemilihan mereka yg terlibat dlm industri perkahwinan.

“Pada acara yg akan berlangsung pada 23 sehingga 25 September ni, pelbagai aktiviti disediakan utk bakal pengantin & kami juga akan membuat penampilan istimewa,” kata Nuha.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!