Tue. Oct 4th, 2022

Kemunculan Asni Mansur Menerusi Segmen Morning Morning Suria Pada Pagi Jumaat Jadi Topik Hangat Di Media Sosial, Ramai Bertanya Keberadaan PU Azman

KEMUNCULAN pendakwah bebas Asni Mansor menerusi segmen Morning Morning Suria pada pagi Jumaat menjadi topik hangat di media sosial apabila ramai bertanya tentang keberadaan Pencetus Ummah (PU) Azman yg sepatutnya mengendalikan segmen tersebut di Suria FM.

Rata2 mula membuat spekulasi ketiadaan PU Azman atau Cik Man disebabkan desas-desus yg mengaitkan dirinya dgn 1 kes jen4yah yg sdg hebat diperkatakan ketika ini & kemunculan Asni sebagai penggantinya yg baharu.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagaimanapun meminta pendengar menghentikan spekulasi yg tular berhubung perkara berkenaan termasuk membuat sebarang andaian berhubung segmen berkenaan.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, ketika ini pihak stesen menjemput beberapa pendakwah bagi mengisi kekosongan segmen itu yg dikendalikan oleh Ajak, Shuib & Suraya pada jam 8 hingga 9 pagi.

“Buat masa ni, pihak Suria FM mmg mengetengahkan atau menjemput beberapa ustaz atau ustazah utk ke udara setiap Jumaat kerana kita tak mahu segmen tersebut kosong.

“Pengisian program kena terus berjalan kerana segmen tersebut memiliki pengikutnya yg tersendiri setiap Jumaat,” katanya ketika dihubungi.

Dlm pada tu, DJ Lin berkata, segmen berkenaan adalah laluan utk para pendengar bertanyakan sebarang kemusykilan tentang agama yg akan dijawab oleh ustaz atau ustazah jemputan.

Jelasnya lagi, segmen itu juga adalah sebagai tanggungjawab sosial Suria FM yg perlu diteruskan apatah lagi ia mendapat sambutan drpd pendengar Suria FM.

“Segmen itu mmg kita beri laluan kpd ustaz atau ustazah berkaliber utk menjawab sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan keagamaan dlm kalangan pendengar.

“Jadi kita tetap teruskan & mengundang beberapa tetamu jemputan supaya setiap pagi Jumaat pendengar mendapat manfaat drpd perkongsian pendakwah yg diundang ke konti radio.

“Minggu ini kita ada ustazah Asni Mansor, minggu depan mungkin ada ustaz atau ustazah lain utk membantu masalah pendengar tentang agama Islam,” ujarnya.

Mengenai ketiadaan PU Azman mengendalikan segmen itu, DJ lin berkata pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dlm masa terdekat.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!