Tue. Oct 4th, 2022

Roslan Shah Meluahkan Rasa Kecewa Dgn Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Akhirnya Tampil Memberikan Penjelasan

PELAKON & penyanyi, Roslan Shah meluahkan rasa kecewa dgn Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah yg dikatakan tak menepati janji.

Menerusi IG Story (IGS), Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan berkongsi tangkap layar perbualan dgn penganjur utk sebuah program yg meminta dirinya utk membayar ganti rugi gara2 Jamal tak muncul seperti yg dijanjikan.

Ganti rugi yg perlu dibayar Cik Lan adalah sebanyak S$10,000 bersamaan RM33,000 kpd pihak penganjur yg meliputi tempat penginapan, tiket penerbangan, booth pameran, publisiti & reputasi pihak penganjur.

Susulan itu, Cik Lan mempersoalkan mengapa Jamal berbuat sedemikian.

“Kenapa Datuk Jamal Abdillah buat Cik Lan mcm ni? Janji harus di tepati,” luahnya.

Jelasnya lagi, dia turut menghubungi pihak pengurusan Jamal namun tak ada jawapan.

“Call & WhatsApp manager pun tak angkat padahal semua dh disediakan oleh pihak penganjur.

“Siapa nk bayar ganti rugi?” katanya.

Walaubagaimanapun, Roslan menyatakan bahawa insiden ni adalah ujian utknya sebelum menunaikan ibadah Umrah pada hujung September ini.

“Dugaan Cik Lan nk pergi Umrah 27 September 2022… Tak apa Allah ada walaupun Cik Lan teraniaya,” tulisnya lagi.

Datuk Jamal akhirnya tampil memberikan penjelasan isu ini.

Menurut 1 sumber, Datuk Jamal Abdillah tak pernah menandatangani sebarang perjanjian utk hadir ke sebuah acara di Singapura susulan dakwaan dia membatalkan kemunculan istimewa di negara itu pada Sabtu.

Jamal juga mendakwa dah memaklumkan kpd Roslan Shah tak dpt menghadiri program tu disebabkan terikat dgn komitmen lain.

“Saya masih ingat, ketika dlm perjalanan dari Kuantan ke Dungun bulan lalu, Roslan ada menghubungi saya, pujuk untuk hadir ke acara berkenaan. Saya dah jelaskan, saya ada konsert eksklusif dgn penganjur di Singapura & tak mahu ganggu penjualan tiket dgn membuat kemunculan terlalu kerap.

Roslan berperanan sebagai pembantu acara bagi expo tu yg bertanggungjawab menguruskan artis.

Mengulas mengenai ganti rugi yg dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan tu bukan tanggungjawabnya kerana sejak awal dia dah memaklumkan tak dpt menyertai program berkenaan.

“Dia kena bayar ganti rugi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tandatangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggungjawab saya. Saya tak tahu apa2 mengenai perkara ni.

“Dah tentu saya rasa marah apabila org boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.

Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah utk tampil mengadakan persembahan di Singapura utk tak mengecewakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yg akan hadir membuat kemunculan istimewa.

Perkara itu dilakukan kata Jamal kerana memikirkan namanya telah diwar-warkan akan hadir & sekurang-kurangnya kehadiran Yamani sebagai wakil dirinya.

Dlm perkembangan lain, Jamal memberitahu bakal mengadakan sebuah konsert di Singapura pada 31 Disember depan & 1 Januari 2023.

error: Haipp!!!