Tue. Oct 4th, 2022

Sebaik Saja Selamat Bergelar Isteri, Mas Idayu Tak Dpt Menahan Sebak & Akhirnya Meluahkan Isi Hati Yg Terbuku Selama 17 Tahun

PENYANYI dangdut, Mas Idayu, 50, tak dpt menahan sebak sebaik sahaja dia selamat bergelar isteri kpd Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa, 51, pada majlis akad nikah yg berlangsung di Quill City Mall, kira2 jam 10.40 pagi.

Barangkali, dia sendiri tak menyangka bahawa selepas 17 tahun melayari hidup sendirian dgn berstatus ibu tunggal, akhirnya ditemukan pasangan hidup oleh Tuhan.

“Selepas 17 tahun melayari kehidupan solo, akhirnya saya dipertemukan seorang lelaki yg akan menjadi imam kpd keluarga selepas ini,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Aziz Abd Hamid berwalikan bapa penganting, Mesnun Hassan.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001, selain 5 dulang hantaran berbalas 7. Majlis pernikahan itu juga dihadiri hampir 100 tetamu termasuk keluarga & rakan terdekat.

Menurut Mas Idayu lagi, dia tertarik dgn Sufian kerana sifat kelakar yg ada pada lelaki itu.

Pasangan itu saling mengenali sejak bekerjasama dlm program Mentor 3 pada 2008, namun mula menjalani hubungan serius pada tahun ni.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumahtangga dgn aktor, Aman Graseka pada 1997 tetapi kemudian bercerai pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Daiyini Asyiqa, 25 tahun.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!