Thu. Sep 29th, 2022

Tular Penunggang Motosikal M4ki Hamun Pemandu SUV, Ini Hasil Siasatan Polis

Sungkai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim mengesahkan menerima laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu kereta di Kilometer 370 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Sungkai, semalam, selepas video rakaman kejadian tu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, ketika kejadian pemandu kereta & isteri yg mengandung, masing2 berusia 34 tahun, dlm perjalanan dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh, Perak.

Menurutnya, hasil siasatan, kejadian berlaku kira2 jam 12 tengah hari selepas pemandu kereta terbabit yg memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda berhenti di lorong kecemasan apabila isterinya yg hamil nak termuntah.

Katanya, selepas selesai, pemandu SUV Mazda terbabit meneruskan perjalanan di lorong kecemasan & tiba2 kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dari lorong kiri terus masuk ke lorong kecemasan.

“Keadaan ini menyebabkan pemandu kereta SUV Mazda membrek kenderaan secara mengejut & mengakibatkan perlanggaran membabitkan motosikal Yamaha Y15ZR, Honda RS150R Benelli RFS150,” katanya dlm kenyataan hari ni.

Katanya, akibat pelanggaran terbabit menyebabkan penunggang motosikal berang & marah terhadap pemandu kereta SUV Mazda yg memandu di lorong kecemasan.

“Semua penunggang motosikal yg terbabit dlm kemalangan hanya mengalami kecederaan ringan & sudah menerima rawatan.

“Semua kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59,” katanya.

error: Haipp!!!