Wed. Oct 5th, 2022

Filem Mat Kilau Dari Reviu Positif Bertukar Negatif, Respon Syamsul Yusof Terpaling Steady!

SUATU ketika dulu ramai melahirkan rasa bangga & pujian terhadap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sehingga ia berjaya mencapai kutipan luar biasa, RM97 juta sepanjang 2 bulan ditayangkan di pawagam.

Namun sejak ia mula ditayangkan menerusi aplikasi penstriman Netflix pada 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, ia mendapat reaksi berbeza drpd penonton sehingga perbualan mengenainya trending di Twitter.

Rata2 yg pertama kali menonton filem tersebut memberikan reviu negatif terhadap karya Syamsul Yusof itu selain meluahkan rasa hampa terutamanya melibatkan babak aksi.

“Baru selesai menonton Mat Kilau, sinematografi babak aksi kucar-kacir, pelakon geraknya sekali, kamera goyang 10 kali!

“Dialog ibarat ceramah yg ditujukan penonton IQ rendah!

“Saya bukan seorang ahli sejarah namun saya tak rasa tu cara orang pada era berkenaan bercakap,” komen netizen di Twitter.

Tak hanya tu, ramai turut mempertikaikan tentang ketepatan sejarah dlm filem tersebut selain plot yg lemah serta babak aksi disifatkan sebagai ‘separuh masak’.

“Kenapa terlalu ramai bercakap tentang Mat Kilau? Tiada ketepatan dlm sejarah. Babak aksi seperti ‘separuh masak’ & plot penceritaan yg lemah,” komen netizen lain.

Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ni mencatat sejarah dlm industri perfileman negara apabila mencatatkan kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga turut ditayangkan di Singapura, Brunei & terbaharu di Indonesia sejak 31 Ogos lalu.

Filem tu menampilkan barisan pelakon hebat Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian & Johan As’Ari.

Tak hanya meraih kutipan tertinggi, filem ni juga menjadi tular & bualan hangat masyarakat sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lalu apabila ramai hadir di pawagam dgn berpakaian persis seorang pahlawan.

Pengarah Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof anggap komen negatif lumrah pembikinan filem & gembira ‘Mat Kilau’ trending di Netflix.

Sejak filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix pada 16 September lalu, ia menerima pelbagai kritikan negatif drpd penonton.

Bagaimanapun pengarahnya, Syamsul Yusof, 38, menyifatkan perkara tu sebagai lumrah dlm pembikinan sesebuah filem & tetap bersyukur kerana naskhah tu sekali lagi menjadi fenomena sehingga trending di platform berkenaan.

“Filem Mat Kilau viral sekali lagi di Netflix, trending nombor 1. Terima kasih byk!

“Filem ni sejak drpd keluar trailer dh mula tular, dulu 1 Malaysia jd trending sampailah ditayangkan di pawagam & terkini di Netflix pula.

“Positif & negatif adalah lumrah dlm pemikinan sesebuah filem. Saya gembira kerana anda masih lagi bercakap mengenai filem saya & menonton serta menyokongnya,” katanya.

Syamsul berkata demikian menerusi sebuah hantaran video di IG miliknya pada Ahad.

Terdahulu, filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu menerima reivu negatif drpd penonton di Netflix yg rata2 tak berpuas hati dgn beberapa perkara tentang karya tu.

Ni termasuklah ada mempersoalkan tentang sinematografi babak aksi yg dilihat kucar-kacir selain mempertikaikan laras bahasa digunakan bagi menggambarkan zaman tersebut.

Utk rekod, Mat Kilau mencatat sejarah dlm industri perfileman negara apabila mencatatkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM97 juta sepanjang 2 bulan ditayangkan di pawagam.

Selain Singapura & Brunei, filem itu turut ditayangkan di Indonesia sejak 31 Ogos lalu.

Filem tu menampilkan barisan pelakon hebat Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian & Johan As’Ari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

error: Haipp!!!