Wed. Oct 5th, 2022

Puteri Sarah Dedah Datuk Yusof Haslam Tak Pernah Lupa Hantar Mesej Dukungan & Semangat Padanya Setiap Minggu

Setiap org mengimpikan utk peroleh mentua yg baik, memahami & penyayang. Tak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah 1 individu terpilih utk mendapatkan mentua yg prihatin dgn dirinya & anak2.

Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yg juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.

Baru2 ni, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tak pernah lupa utk menghantar mesej dukungan & semangat padanya setiap minggu.

Artikel Berkaitan: “Selama ini, rupanya orang nampak Sarah cantik saja.”, Puteri Sarah Nak Kembangkan Bakat Lakonan & Tiba-Tiba Ada Rezeki Lain Pula

Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah 1 kekuatan buat dirinya utk tak cepat mengalah dlm meneruskan kehidupan.

“Setiap minggu mesti dpt WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.

“Ini adalah salah 1 perkara yg menjadi pembakar semangat Sarah utk tak pernah berputus asa dlm kehidupan.” katanya.

Dlm hantaran di IG Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.

Puteri Sarah juga sempat memberitahu yg dia menerima tawaran berlakon drpd sebuah stesen televisyen & perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ni.

Yusof Haslam yg juga merupakan pengarah & penerbit tersohor menegaskan dia & isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah & anak2.

Sebelum ni, rumah tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.

Puteri Sarah juga mengakui dia dah tak tinggal sebumbung dgn Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dgn Syamsul pada 8 Mac 2014 & dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber : IG Puteri Sarah

error: Haipp!!!