Tue. Oct 4th, 2022

Wanita Ini Ingin Mengetahui Fikiran Anak Remaja Gen Z, Rupa2nya Ramai Yg Tersakiti Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Mereka

SERING kali kita mendengar keluhan ibu bapa tentang masalah ket4gihan gajet termasuk penggunaan telefon pintar dlm kalangan anak2.

Malah ia dikatakan semakin membimbangkan berikutan terdapat beberapa kes keg4nasan berlaku seperti kejadian sekitar tahun 2020 di Jelebu, Negeri Sembilan yg mana seorang anak sanggup menik4m bapanya selepas ditegur bermain telefon bimbit.

Bagaimanapun, perkongsian seorang pelayar Facebook yg dikenali sebagai Nasiha Ismail baru2 ni membuatkan masyarakat khususnya ibu bapa terkejut dgn luahan golongan anak2.

“Sebelum lelap mata, scroll TikTok… naik kat FYP, seorang wanita bertanya pendapat kpd anak2 generasi Z kerana nk tahu isi hati mereka sbb dia pun ada anak.

“Soalannya ‘apa yg melukakan hati sebagai anak’. Melihatkan komen… terus rasa sentap, sedih semua ada,” katanya menerusi posting Facebook.

Kata Nasiha dia terkejut apabila rata2 yg meninggalkan komen memberitahu mereka diabaikan ibu bapa yg leka bermain telefon bimbit.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan luahan tersebut dilakukan sendiri oleh golongan remaja yg melalui fasa kesukaran bersama keluarga.

“Apabila nk bercerita dgn mak, tapi mak main telefon.

“Sakit sgt kak. Perit didewasakan oleh keadaan, terpaksa tersenyum.

“Mak ayah tak pernah minta maaf apabila perkara tu jelas2 salah mereka.

“Unappreciated, unheard & unsupported,” demikian antara luahan dlm tangkap laya yg dimuat naik Nasiha.

Selain itu, ada juga yg meluahkan kekecewaan mendakwa ibu bapa mereka gemar ‘mengumpat’ atau menceritakan keburukan anak2 & sering membandingkannya dgn saudara mara yg lain mahupun anak jiran tetangga.

“Jgn cakap yg buruk2 tentang anak kat kawan, jiran, sepupu atau makcik bawang.

“Telling all my embarassing stuff to my aunties to downgrade me.

“Membandingkan masalah yg anak lalui dgn masalah yg parents lalui,” ujar beberapa remaja lagi.

Dlm pada itu, ada juga yg menyatakan bahawa diri mereka dikongkong & ibu bapa tak pernah memberi penjelasan jika sesuatu perkara tak boleh dilakukan.

Terdahulu, posting yg dibuat Nasiha di Facebook miliknya menjadi tular sehingga dikongsikan lebih 25,000 pelayar.

Rata2nya menzahirkan kebimbangan jika mereka secara tak sedar melakukan perbuatan yg boleh melukakan hati anak2.

“Sedih & risau kalau suatu masa nanti kita terbuat yg sama… & anak fikir (perkara) yg sama.

“Budak2 selalu mengadu macam ni terutama sekali apabila mereka dpt keputusan kurang daripada sepupu atau anak2 jiran.

“Kita pun sedih kalau org bercakap dgn kita tak bersungguh-sungguh… budak pun sama,” ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat netizen yg menyatakan luahan negatif tersebut disebabkan golongan remaja sdg melalui fasa ‘memberontak’.

“Tanya anak mmglah penuh ‘wall’ sis tu dgn ayat & luahan negatif. Dh mmg hidup anak memberontak, buat la apa pun semua depa (mereka) rasa betul.

“Pokok pangkal tugas anak2 hormat, taat pada agama & ibu bapa serta mengaji (belajar) bagi pandai.

“Susah juga nk cakap. Dulu kita kecil2 dimarah terima saja, jarang nk salahkan mak ayah sebab tahu apa yg mereka buat demi kebaikan kita… sekarang tak sama,” jelas beberapa netizen lagi.

error: Haipp!!!