Tue. Dec 6th, 2022

“Ada betulnya apa kata juri” Datuk Hattan Kritik Persembahan Rahmad Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

PENYANYI Rahmad Mega beranggapan misinya pada konsert kelima Terpaling Juara berjaya setelah mendendangkan lagu Bunga nyanyian asal Ara Johari.

Membawakan lagu tersebut dgn gaya tersendiri, persembahan Rahmad mendapat pujian penonton di media sosial.

Menurut Rahmad, dia berpuas hati dgn persembahannya meskipun tak dpt memuaskan pihak juri.

“Saya berjaya membawakan lagu tersebut dgn baik sebenarnya, cuma pihak juri dah tentu mahukan yg lebih. Idea Kapten (Hael Husaini) mahu kekalkan saya bawa lagu dgn gaya tersendiri.

“Kali ni, saya dh berjaya membawakan lagu Bunga versi Rahmad Mega, cuma belum cukup maksimum bagi juri.

“Secara peribadi, saya puas hati dgn nyanyian saya harini berbanding minggu lepas,” katanya.

Biarpun menerima pujian drpd penonton, persembahan Rahmad mendapat kritikan juri, Datuk Hattan dgn mengatakan susunan muzik yg dipersembahkan agak bosan.

Bagi Rahmad, setiap org pasti mempunyai pendapat tersendiri dlm menilai sesuatu persembahan.

“Ada betulnya apa kata juri sbb masing2 mempunyai pendapat tersendiri. Hattan ada cadangan yg baik dlm pemberian idea cuma saya anggap misi saya kalini berjaya.

“Pendapat kita sebagai pendengar masa kini dgn juri tak sama, pendapat juri menjurus kpd pendapat peribadi. Dgn cadangan yg diberi Hattan, kita ambil serius.

“Dlm program Terpaling Juara ni, ia mengabungkan org baharu & org lama, bagi org lama mcm saya dah tentu mempunyai gaya tersendiri,” jelasnya.

Persembahan Rahmad juga berada di kedudukan 2 terbawah namun terselamat dgn tiadanya penyingkiran utk minggu kelima.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!