Tue. Oct 4th, 2022

“Macam2 gelaran org bagi dekat saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada” Fatin Afeefa Akui Segelintir Masyarakat ‘Berbeza’ Pandangan Terhadap Golongan Sepertinya

LEBIH 5 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Fatin Afeefa akui ada segelintir masyarakat yg ‘berbeza’ pandangan terhadap golongan sepertinya.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, bagaimanapun menyeru golongan wanita terutamannya ibu tunggal lain supaya tak menghiraukan tohmahan negatif yg diberikan.

“Sejak bergelar ibu tunggal sejak 5 tahun lalu, macam2 gelaran org bagi dekat saya. Secondhandlah, kereta terpakai pun ada.

“Siapa yg tak sedih, walaupun sayalah wanita yg menuntut cerai tetapi org tetap mengata hal saya.

“Selalunya org yg mengutuk tu ialah segelintir golongan lelaki yg suka mengawal perempuan tetapi tak dpt, sbb tu mereka merendah-rendahkan janda,” katanya menerusi Live TikTok baru2 ni.

Malah, ibu kpd 2 cahaya mata tu juga turut menasihatkan wanita berstatus janda atau ibu tunggal agar jgn sesekali berasa sedih sekiranya dihina sebaliknya hiasilah kehidupan dgn perkara yg menggembirakan diri masing2.

“Tak hina pun status janda ni & jgn sesekali rasa sedih dgn perkara tersebut.

“Mulut org tak boleh tutup. Dulu pun saya sedih juga tetapi lama kelamaan saya sedar bahawa org takkan berhenti bercakap.

“Jadi, buatlah apa yg buat anda gembira,” katanya lagi.

Utk rekod, pelakon yg terkenal menerusi filem ‘Tentang Bulan’ ni pernah mendirikan rumah tangga dgn pelakon Adam Shahz pada 2013 namun jodoh mereka tak kekal lama apabila disahkan bercerai pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia yg kini menginjak usia 7 tahun.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!