Thu. Sep 29th, 2022

“Skrg persiapan telah pun siap dlm 75 hingga 80 peratus” Adam Lee Akui Teruja Bakal Mendirikan Rumah Tangga Bersama Cinta Hatinya

PELAKON, Adam Lee akui teruja apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya yg juga merupakan aktres jelita, Sweet Qismina dlm majlis yg akan diadakan kurang sebulan je lagi.

Menurut Adam, dia & Sweet skrg sdg sibuk menguruskan persiapan memandangkan mereka tak melantik mana2 pihak perancang perkahwinan utk hari bahagia mereka tu.

“Dah tentu perasaan saya sememangnya teruja menuju hari bahagia kami yg skrg berbaki kurang sebulan je lagi. Saya mmg menunggu saat2 seperti ni.

“Bagaimanapun, sejujurnya boleh saya katakan kami berdua agak penat sbb kami masing2 masih bekerja & dlm masa yg sama kami harus menguruskan segala hal berkaitan majlis perkahwinan kami.

“Kami mmg uruskan sendiri dari kosong sehinggalah ke saat ni. Kami sendiri yg turun padang utk memastikan segalanya berjalan dgn lancar. Saya & Sweet tak melantik mana2 perancang majlis perkahwinan & semuanya kami rancang sendiri,” katanya.

Adam berkata sedemikian ketika sidang media drama Adakah Kau Menungguku yg diadakan secara virtual pada hari Selasa.

Katanya lagi, meskipun terpaksa membahagikan masa dgn komitmen kerja, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yg dirancangkan.

“Dlm sibuk menguruskan hal majlis perkahwinan kami, saya & Sweet masih lagi perlu bekerja. Jadual kerja kami juga tak sama seperti pekerjaan2 lain. Org lain mungkin keluar pagi balik petang tapi kami ada kalanya keluar pagi balik pun pagi.

“Walaupun ada kalanya kami berasa agak sukar tapi kami tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yg dirancangkan. Skrg persiapan telah pun siap dlm 75 hingga 80 peratus,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya adakah dia & Sweet ada berdepan dgn apa2 cabaran menuju hari bahagia, Adam memberitahu, perkara tersebut adalah normal & tak perlu dikongsikan kpd umum.

“Bercakap mengenai cabaran menuju hari bahagia, saya percaya bukan saya & Sweet je tetapi pasangan lain juga akan berdepan dgn cabaran & halangan. Itu adalah normal & kami juga tak terlepas.

“Apa yg paling penting saat ni adalah bagaimana caranya utk kami mengatasi setiap masalah & cabaran tu. Mengenai cabaran yg harus kami lalui, rasanya tak perlulah kami kongsikan. Biarlah kami uruskannya bersama,” akhirinya.

Terdahulu, Adam bakal bergandingan bersama pelakon, Wanna Ali menerusi drama bergenre romantik komedi terbaru yg berjudul ‘Adakah Kau Menungguku’.

Drama ni bakal ditayangkan di slot Lestari, TV3 bermula 20 September pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 mlm.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!