Tue. Oct 4th, 2022

Che Puan Sarimah Teruja Utk Menyaksikan Lagunya Dinyanyikan Oleh Pasangan Hos Program Gegar Vaganza 9 Nabil Ahmad & Elly Mazlein

SELAIN dikenali sebagai seorang pengacara berpengalaman, Che Puan Sarimah Ibrahim juga sebenarnya mempunyai bakat dlm bidang nyanyian.

Biarpun kini dah tak lagi aktif menyanyi, namun rata2 peminat setianya pasti mengingati bait2 lagu ‘Kini Kau Tiada’ yg pernah hit suatu ketika dulu.

Terkini, Sarimah, 43, berkongsikan keterujaannya yg dah tak sabar utk menyaksikan lagunya tu akan dinyanyikan oleh pasangan hos program Gegar Vaganza (GV9), Nabil Ahmad & Elly Mazlein.

Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Sarimah turut berkongsi sedutan video rancangan GV9 minggu lalu menerusi segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’.

“Minggu depan (minggu ini), minggu kedua Gegar Vaganza. Elly dan Nabil, oh my god, tak sabar nk tengok.

“Minggu malar segar mekar membara,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata2 netizen juga melahirkan perasaan serupa, tak sabar utk menyaksikan gandingan Nabil & Elly membawakan lagu tu mengikut rendisi mereka sendiri.

Malah, tak kurang juga ada netizen yg mencadangkan agar ibu kpd seorang cahaya mata tu menjadi peserta GV utk musim akan dtg.

“Lagu legend, love sangat!

“My fav song! Yeay.

“Tak sabar nk dengar lagu fav hehe. Harap Nabil tak menjahanamkan lagu tu hihi tapi ada Kak Lina (Elly) mesti happening minggu ni.

“(Sarimah) tahun depan boleh masuk GV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @sarimahibrahim

“Harapnya you dtg konsert GV & buat penampilan istimewa, mesti mantap!” komen beberapa netizen.

GV9 yg memulakan siaran pada Ahad lalu menampilkan 13 bintang bertarung demi merebut gelaran juara GV9.

Antara penyanyi yg bertanding ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Asheed Def Gab C, Roy Kapilla & Bob Yusof.

Turut bertanding, Hazrul Nizam, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom, Pat Candy & kumpulan VE.

GV9 bersiaran setiap Ahad, jam 9 mlm di saluran Astro Ria (104).

error: Haipp!!!