Thu. Dec 8th, 2022

Wah! Sultan Selangor & Permaisuri Berkenan Menghadiahkan Sebuah Potret Wajah Fazura & Fattah Amin Serta Puteri Mereka

HUBUNGAN akrab pelakon & usahawan Nur Fazura dgn Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin sememangnya diketahui umum.

Terbaharu, Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj & Permaisuri berkenan menghadiahkan sebuah potret yg memaparkan wajah Fazura, suami, aktor Fattah Amin serta puteri mereka, Nur Fatima Aisya.

Fazura, 39, berkongsikan momen gembira tu di laman Instagram miliknya dgn menyertakan ucapan penghargaannya.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini.

“Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya. Junjung kasih Tuanku,” tulis Fazura di ruangan kapsyen.

Sebelum ini juga anak Fazura pernah menerima seutas rantai berlian daripada Permaisuri sempena meraikan ulang tahun pertama kelahiran Fatima pada Oktober tahun lalu.

Fazura & Permaisuri juga baru2 ni meluangkan masa bersama menonton konsert band terkenal Indonesia, Dewa 19 yg telah berlangsung di Axiata Arena pada 10 September lalu.

Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga dgn Fattah pada 27 November 2017 & perkahwinan mereka diserikan dgn kehadiran Nur Fatima Aisya yg kini berusia 2 tahun.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!