Mon. Dec 5th, 2022

Wow! Caprice Umum Bakal Beri Minyak Kenderaan Secara Percuma Kpd Org Ramai, Terbuka Kpd Semua Jenis Kenderaan

RAPPER & usahawan, Caprice mengumumkan dirinya bakal memberikan minyak kenderaan secara percuma kpd org ramai pada Jumaat ni.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, pemberian minyak secara percuma tu juga terbuka kpd semua jenis kenderaan.

Katanya lagi, jumlah minyak yg akan diberikan adalah bernilai RM10,000.

“Assalamualaikum, sesiapa yg mahukan minyak percuma, saya ingin belanja anda pada Jumaat ni jam 2.30 petang di Petronas Jelatek 2.

“Korang boleh membawa kereta, motosikal van ataupun bas kerana saya akan berikan minyak percuma berjumlah RM10,000,” katanya.

Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu ‘Takut’ ni menerusi sebuah video yg dimuat naik di laman IG miliknya.

Selain minyak percuma, org ramai yg bertuah juga berpeluang utk memenangi hadiah istimewa berupa barangan eksklusif milik Caprice sendiri.

“Anda hanya perlu dtg saja pada Jumaat ni. Saya juga akan berikan barangan pre-love saya seperti kasut, topi & beberapa barangan edisi terhad. Kita jumpa di sana nnti,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata2 netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga Caprice akan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ni.

“Allahuakbar, semoga Allah murahkan rezeki Caprice.

“Semoga Caprice sekeluarga dilimpahi rezeki yg melimpah ruah & sentiasa dilindungi Allah.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kebaikkan yg dibuat Caprice.

“Terima kasih Caprice kerana selalu membantu. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah,” antara komen2 netizen di IG.

Malah, ada juga segelintir pihak yg mencadangkan agar Caprice bertanding sbg wakil rakyat dek kerana usaha murninya tu.

Sementara itu, menerusi soal jawab di ruangan komen, Caprice memberitahu kesemua yg berkesempatan hadir akan menerima minyak secara ‘full tank’.

Setakat ni, video berdurasi kurang seminit itu telah pun meraih jumlah tontonan hampir 400,000 di laman IGnya.

error: Haipp!!!