Thu. Sep 29th, 2022

Pelanggan & Pemilik Restoran Ini Menjadi Perhatian Ramai Di Media Sosial Gara2 Membuat Aduan Tentang Makanan Yg Dibeli

GARA2 membuat aduan tentang Nasi Goreng Pattaya yg dibelinya, seorang pelanggan & pemilik restoran menjadi perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yg dikongsikan, wanita tu menunjukkan nasi goreng yg dibeli dari restoran tersebut menerusi secara atas talian.

Namun wanita tu berasa hampa apabila Nasi Goreng Pattaya yg diterimanya tu lebih indah khabar dari rupa.

Macam yg semua sedia maklum, biasanya makanan yg dibeli secara atas talian harganya lebih mahal drpd dibeli sendiri di restoran kerana caj penghantaran yg dikenakan.

Berdasarkan resit yg dikongsikan, dia membelanjakan sebanyak RM13.50 utk membeli nasi tersebut bersama caj penghantarannya.

Menurutnya, ia bukan je mahal malah nasi goreng tersebut juga hanyalah sekadar telur yg dilapik di atas nasi & bukannya dibungkus dgn nasi seperti kebiasaannya.

Video yg dikongsikan tu kemudian menerima perhatian ramai termasuklah pemilik restoran tu sendiri.

Menurut pemilik restoran pula, mmg begitu sebenarnya Nasi Goreng Pattaya yg dijual di restorannya.

Dia juga turut menjelaskan mengenai harga nasi tersebut yg lebih mahal kerana ianya dibeli menerusi Foodpanda.

Namun pemilik restoran tu berterusan menerima kritikan dari netizen menyebabkan dia membuat 1 laporan polis baru2 ni.

Dia mendakwa perkongsian video dari pelanggan tersebut telah menjejaskan reputasi kedainya.

Difahamkan, pelanggan tu telah memuat naik 1 video permohonan maaf & telah pun memadamkan video asal yg dikongsikan sebelum ni.

Dlm masa yg sama, rata2 netizen menganggap ianya hanyalah 1 hal kecil je & boleh diselesaikan dgn cara baik tanpa perlu membuat laporan polis.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!