Wed. Dec 7th, 2022

Selepas Didakwa Berbelanja Lebih RM100,000 Membeli Barangan Kemas Bersaiz Dempak, Ifa Raziah Tampil Menjelaskan Video Keberadaannya Di Kedai Emas Yg Tular

SELEBRITI versatil, Ifa Raziah tampil menjelaskan mengenai video keberadaannya di sebuah kedai emas yg tular selepas dia didakwa berbelanja lebih RM100,000 bagi membeli barangan kemas bersaiz dempak, baru2 ni.

Ifa menjelaskan pembelian tersebut sbg pilihan hadiah drpd suami, Mohd Yani Abdul Rahman bersempena ulang tahun kelahirannya yg ke-47.

“Iya ni hadiah paling bermakna. Awalnya suami suruh pilih, nk LV (Louis Vuitton) atau set barangan kemas. Sbb saya mmg peminat LV. Kalau ditawarkan beg jenama lain pun saya tak nak.

“Tapi saya cakap dgn suami, tak nak beg sbb dah ada byk, penuh almari. Cukup2lah. Sekarang saya nk buat ‘investment’ demi masa depan.

“Saya nk jadi pengumpul emas. Sbb besok katalah suatu hari berlaku sesuatu pada kita. Dgn pandemik selama 2 tahun yg membuatkan ramai terjejas seluruh dunia membuatkan saya nak menyimpan.

“Menyimpan drpd segi wang tunai & emas. Kita tahu walau mcm mana pun berlaku pada ekonomi, emas tetap ada nilainya.

“Malah manalah tahu kalau saya pun tak sesenang hari ni, nk jual beg2 mungkin tak ada nilai. Jadi lebih baik saya laburkan kpd sesuatu yg lebih bernilai, ada manfaat pada saya dikemudian hari,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan menunjuk-nunjuk susulan harganya yg mencecah harga ratusan ribu ringgit tu, ni reaksi Ifa,

“Ikut majlis, bukan hari2 saya pakai. Samalah mcm kalung ‘love’ besar yg saya beli dulu. Yg lain2nya kecil je utk kegunaan harian.

“Cuma saya ada kunjungi beberapa buah kedai emas lain, tapi nilah antara rekaan yg dipilih suami utk saya. Simbolik cintanya kepadaku (rekaan berbentuk ‘love’). Malah suami kalau boleh nk 1 set. Hanya yg ni ada set.

“Bila pakai yg begini (emas bersaiz dempak) mmg akan ditemani pengawal peribadi dlm 4 atau 5 orang. Bergantung kpd majlis yg dihadiri. Malah habis je majlis, saya akan buka & simpan,” katanya.

Atas sbb minat jugalah, Ifa kini mulai belajar cara pengurusan barangan kemas & tak menolak kemungkinan utk membuka kedai emas sendiri selepas ni.

Terdahulu, Ifa ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yg turut diraikan oleh rakan selebriti & usahawan di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur, Khamis.

error: Haipp!!!