Wed. Dec 7th, 2022

“Z4kar ditarik sampai senak!”- Hantar Madrasah Utk R4wat Adik Alami Gangguan Tetapi Dider4 Ala Militan

BARU2 ni, tular sebuah ciapan di laman Twitter mengenai pengurusan sebuah madrasah yg dipercayai terletak di Jalan Kebun, Shah Alam sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi bebenang dikongsikan oleh pengguna dikenali Hafiz Ayub, pada awalnya dia sekeluarga menghantar adiknya ke sebuah madrasah selepas mendapat tahu mereka berupaya merawat masalah gangguan oleh salah seorang kenalannya.

Terang Hafiz, pihak madrasah telah mengenakan syarat2 buat mereka sekeluarga di mana tak dibenarkan melawat adiknya dlm tempoh 4 bulan pertama.

Disebabkan itu, bapa saudaranya terpaksa mengambil inisiatif utk mendekatkan diri dgn pihak madrasah di mana menghulurkan bantuan supaya dpt melawat & melihat keadaan adiknya sewaktu berada di situ.

Hafiz berkata, awalnya mereka tak mengesyaki apa2 yg berlaku sehinggalah pada hari lahir adiknya apabila melihat keadaannya yg kurus, susut tubuh badan & hitam rentung seperti berjemur di bwh matahari terik.

Disebabkan tak sanggup melihat keadaan yg dialami oleh adiknya, Hafiz & ahli keluarga yg lain membuat keputusan utk mengeluarkan dia dari madrasah tersebut.

Malangnya, pihak madrasah tak membenarkan mereka mengeluarkan adik Hafiz melainkan membayar pampasan sebanyak RM11,970 memandangkan dah melanggar perjanjian yg telah ditandatangi.

Tak patah semangat, keluarga tersebut dtg kembali ke madrasah tersebut & kehadiran mereka diketahui oleh pihak madrasah. Apa yg mengejutkan ramai adlh pihak madrasah dikatakan cuba membawa adik lelakinya memasuki kereta utk dibawa lari. Malangnya gagal.

Perkongsian tu berjaya meraih perhatian ramai sehingga membuatkan netizen meluahkan rasa berang, marah & tak berpuas hati apabila membaca bebenang tersebut.

Mereka mengatakan madrasah tersebut tak seharusnya menggunakan nama ‘agama’.

Perjanjian apa ni?

Hasil tinjuan mendapati kes tersebut telah mendapat perhatian pihak polis & kini dlm siasatan.

Malah, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan drpd seorang lelaki yg juga bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yg didakwa dider4 ‘ala milit4n’ sepanjang 4 bulan berada di pusat tu.

Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin dlm kenyataan smlm menafikan dakwaan madrasah tersebut yg ditubuhkan sbg badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan penderaan ala milit4n kpd penghuninya.

Menurutnya, selain menekankan ilmu agama, madrasah ditubuhkan sejak 2007 melaksanakan program pemulihan & perlindungan terhadap individu yg terlibat dgn penyalahgunaan d4dah serta masalah sosial.

Sumber: Twitter @hafizfiz18, Youtube mr richistenang, FMT

error: Haipp!!!