Tue. Dec 6th, 2022

Jep Sepahtu Kongsi Rasa Syukur Sempat Ziarah Pusara Agamawan & Tokoh Politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bersempena program Jelajah Bola Sinar di Kelantan hujung minggu lalu, pelawak & penyampai radio, Jep Sepahtu bersyukur kerana sempat menziarahi pusara agamawan & tokoh politik, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkhuburan Islam Pulau Melaka, Kota Bharu.

Menerusi perkongsian di IG, pemilik nama lengkap Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37 ni memaklumkan dia sebenarnya dah lama berhajat utk menjejakkan kaki di tempat bersejarah tersebut.

“Alhamdulillah hajat tercapai. Al-fatihah buat yg disayangi ramai Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-fatihah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Ketika di pusara, Jep yg turut ditemani rakan pelawak, Rahim & Ilya turut dilihat meluangkan masa utk bertafakur & manjatkan doa buat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Pada masa sama, suami kpd pelakon, Sari Yanti ni juga sempat melawat masjid yg dibangunkan oleh arwah Tok Guru sambil disertai oleh anaknya yg juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.

Menjengah ke ruangan komen, rata2 netizen & rakan artis menzahirkan menzahirkan rasa sayu & meluahkan rasa rindu terhadap almarhum Tok Guru Nik Aziz.

“MasyaAllah, hayat & kematiannya. Kesederhanaan yg terpapar. Insafnya rasa.

“Alhamdulilah, masih ada artis yg cintakan ulamak. Semoga hidup kita menjadi 1 keberkatan di dunia & akhirat.

“Good job Jep. Kalau sesiapa melawat Kelantan, jgn lupa singgah pusara Tok Guru.

“Sedih tengok video ni. Al-Fatihah Tok Guru Nik Aziz,” antara komen2 netizen di hantaran video milik Jep

Setakat ni, video yg dikongsikan oleh Jep itu telah pun meraih 1 juta tontonan di laman IG.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jep

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!