Tue. Dec 6th, 2022

Penonton Tercari-Cari Nabil ‘Hilang’ Di Minggu Kedua, Punca GV9 Umpama Hilang Seri?

“Dah la tak ada Jihan, sekarang Nabil pula tak ada”.

Tulah antara ‘rungutan’ yg diberikan penonton setia program Gegar Vaganza 9 (GV9) yg berteka-teki mengenai kehilangan Nabil Ahmad pada minggu kedua GV9 yg bersiaran pada mlm Ahad tadi.

Digantikan oleh Daniel Zaini bersama hos Elly Mazlein, Nabil, 39, terlebih dahulu meneruskan komitmen bersama 1 acara permotoran bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, pada mlm yg sama.

Meninjau ke ruangan komen di media sosial, peminat mulai memberikan pelbagai respon susulan pengacara gantian.

Malah, ada yg ‘merayu’ agar Nabil segera kembali ke pentas GV9 yg dah sinonim dgn dirinya sejak ia mula bersiaran pada 2013.

Ni antara komen yg ditinggalkan;

Dari mula bersiaran pada 2013, GV mengekalkan pasangan hos iaitu Nabil & Jihan Muse dari GV1 hingga GV8.

Tahun ni, Jihan yg sdg berpantang anak kedua selepas melahirkan anak kedua pada awal September lalu, digantikan dgn Elly Mazlein.

Ramai penonton menyatakan selain barisan peserta, kekuatan GV juga adalah terletak di bahu hos, Nabil & Jihan selain ketua jurinya, maestro muzik Datuk Ramli MS.

Terdahulu pada konsert minggu kedua GV9, penyanyi Roy Kapilla berada di tangga tercorot sekali gus menjadi peserta pertama tersingkir pada musim ni.

Sekarang tinggal 12 peserta bersaing utk merebut gelaran juara GV9 iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof & Asheed Def Gab C.

Turut bersaing ialah Pat Candy, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Tom & kumpulan VE.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!