Tue. Dec 6th, 2022

Buat Korean Garlic Bread Guna Roti Keping Je, Ni Cara Versi Cepat!

Jom cuba buat korean garlic bread versi cepat ni. Biasanya orang jual yg bentuk bulat tu.

Tapi kita buat guna roti keping yg ada kat rumah je, tak perlu susah2 beli roti burger atau uli doh.

Sesuai utk bekal atau dijadikan hidangan menu petang utk anak2. Tak sampai 20 minit dh siap! Selamat mencuba!

Resipi Korean Garlic Bread Versi CEPAT!

Adunan Cream Cheese utk letak dlm roti

  • Cream cheese – 150g
  • Susu cair – 3 sb
  • Susu pekat – 2 sb

Adunan Butter untuk celup roti:

  • Butter – 100 g
  • Garlic – 5 ulas (cincang halus)
  • Telur – 1 biji
  • Madu – 2b
  • Daur parsley yang kering – sikit (tak ada pun boleh)

Cara-cara:

1. Campur semua adunan cream cheese, kacau sampai rata. Ketepikan.

2. Utk membuat adunan butter, panaskan butter dgn api perlahan, dh cair masukkan garlic & tutup api. Bila dh agak sejuk, masukkan telur, madu & daun parsley. Aduk rata.

3. Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

4. Lipat 2 roti & tekan dgn garpu sekeliling roti agar ia melekat.

5. Celupkan roti dgn adunan butter & susun di loyang.

6. Bakar dgn suhu 180°C selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing2.

7. Sesuai utk bekal anak atau pergi kerja.

Kredit: Haya Yahya

error: Haipp!!!