Mon. Dec 5th, 2022

Datuk Ahmad Idham Menyuarakan Luahannya Susulan Jenaka Kumpulan Lawak UBI, Didakwa Persenda Anak Istimewa Sewaktu Pentas Akhir Muzikal Lawak Superstar 3

PELAKON & pengarah, Datuk Ahmad Idham menyuarakan luahannya susulan jenaka kumpulan lawak, UBI krn didakwa mempersenda anak istimewa sewaktu pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 baru2 ni, secara tak langsung.

Menerusi kenyataan yg dikongsikan di media sosial, Ahmad Idham memaklumkan tindakan kumpulan berkenaan yg dikatakan meniru watak selebriti media sosial, Yoe Parey yg telah didiagnos mempunyai masalah pembelajaran sbg agak keterlaluan.

“Baru2 ni tular di media sosial sebuah rancangan komedi menampilkan 1 kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yg telah didiagnos masalah pembelajaran.

“Saya melihat budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak dah dinormalisasi dlm kalangan masyarakat kita.

“Saya mengambil kesempatan ni utk menegur sbg tanda kasih & sayang saya kpd adik2 di dlm industri hiburan,” tulisnya.

Katanya lagi, dia juga tak nak budaya mempersenda anak istimewa ni turut menjadi ikutan terutamanya buat golongan muda di luar sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

“Jauh disudut hati ibu bapa yg mempunyai anak2 istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak2 istimewa dijadikan bahan lawak utk mentertawakan orang.

“Saya mendapat keluhan ni secara terus drpd ibu bapa ketika mengadakan program & jelajah dibawah Hab Pendidikan Khas saya.

“Harapan saya agar kita tak terus membudayakan perkara2 sebegini krn ianya akan mempengaruhi anak2 muda utk turut sama melakukan perkara yg sama,” kongsinya lagi.

Dlm pada tu, Ahmad Idham yg juga merupakan Pengasas Hab Pendidikan Khas turut berharap semua pihak dpt menjadi lebih peka agar perkara seperti ni tak berulang lagi pada masa akan dtg.

“Semoga kita semua dpt terus memainkan peranan diposisi kita masing2 utk membentuk 1 komuniti positif yg saling menyokong antara 1 sama lain tanpa mendiskriminasi mana2 pihak secara langsung atau pun tak langsung,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ahmad Idham merupakan seorang aktivis yg aktif memperjuangkan hak2 anak istimewa.

Dia juga telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus yg juga dinamakan bersempena anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Idham, 21, yg juga anak istimewa.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Ahmad Idham

error: Haipp!!!