Wed. Dec 7th, 2022

Netizen Puji Sikap Rendah Diri Fazura, Sanggup Kaburkan Gambar Beg Tangan

SEBAGAI selebriti popular, segala tindak tanduk pelakon & penyanyi, Nur Fazura pasti sahaja akan mendapat perhatian masyarakat.

Sama ada baik atau buruk, segala yg dipaparkan akan tetap juga diperkatakan.

Terkini, menerusi sebuah entri yg dikongsikan di laman IG, tindakan Fazura yg mengaburkan gambar jenama beg tangannya nyata telah menarik perhatian netizen.

Malah, isteri kpd pelakon, Fattah Amin ni juga turut menuliskan ‘Tiada apa utk diperlihatkan di sini’ pada ruangan kapsyen.

Meskipun foto tersebut kurang jelas, namun, netizen mendakwa ia merupakan beg tangan berjenama mewah, Hermes yg dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit.

Meninjau di ruangan komen, rata2 netizen memuji sikap rendah diri ibu kpd seorang cahaya mata itu yg kurang gemar utk menunjukkan kemewahan kpd umum.

“Why you must blur that Hermes, it’s okay sayang.

“Oh, I love how you blur them.

“I see a beautiful soul.

“Wah, ‘blurkan’ hand bag ye.

“MasyaAllah, disebabkan tak nk menunjuk, Kak Faz ‘blurkan’ beg dia. Love you more Kak Faz. Sgt merendah diri & baik hati,” antara komen2 netizen di IG.

Beberapa minggu lalu, nama Fazura menjadi bualan hangat netizen selepas ada peminat mendakwa jam tangan drpd jenama Patek Philippe yg digayakannya di sebuah acara dianggarkan bernilai RM4 juta.

Terdahulu, Fazura baru je menyambut hari kelahirannya yg ke-39 tahun pada Selasa lepas.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura

error: Haipp!!!