Mon. Dec 5th, 2022

“Bulanan kereta tu byr tak?” Tular Proton X50 Merah Diminta Menjelaskan Tunggakan Bayaran Tol Sebanyak RM57.50

INSIDEN segelintir pengguna jalan raya enggan membayar tol dgn menghimpit kenderaan depan atau melanggar palang tol selalu kelihatan, lebih2 lagi semakin ramai yg mengguna dashcam pada kenderaan masing2.

Bahkan ada yg sanggup melanggar kereta pelumba rally & gymkhana negara gara2 cuba melarikan diri drpd membayar tol.

Baru2 ni pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) telah melakukan operasi mengesan penceroboh tol secara kerap.

Hasilnya ada beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH pada mlm tadi.

Salah sebuah kenderaan yg ditahan pada mlm semalam adalah Proton X50 berwarna merah.

Pemandu kereta tersebut pada waktu tu diminta menjelaskan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 & jumlah kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama.

PROLINTAS turut memberikan amaran bahawa pihaknya akan terus giat menjalankan operasi mengesan ‘penceroboh tol’ melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Macam mana dia buat tu?

Gaji ngam2 bayar installment kot

Patut kena denda sekali

I don’t want to pay toll

error: Haipp!!!