Mon. Dec 5th, 2022

Selepas Terima Dakwaan2 ‘Buruk’, Ryan Bakery Tampil Buka Mulut Menerangkan Apa Yg Sdg Terjadi Sebenarnya

NAMA Ryan Bakery bukanlah asing lagi buat netizen apabila pengguna aplikasi TikTok paling popular di Malaysia ni menjadi perhatian ramai selepas content video yg dilakukannya memaparkan kisah2 yg ramai pernah alami ketika zaman kanak2 & sekolah.

Penerimaan netizen terhadap isi dlm konten video Ryan Bakery mencetuskan dia telah mendapat jemputan di rancangan hiburan popular, MeleTOP sebagai tetamu malah di rancangan Sepahtu Reunion Live juga, dia bersama rakan baiknya, Wan Chai telah dijemput bagi memeriahkan rancangan tersebut sehingga menjadi fenomena di media sosial.

Walau bagaimanapun, kini dlm kesibukan dia membuatkan ada dakwaan2 buruk yg diterima oleh Ryan Bakery. Terbaharu, ketika dia bersama Wan Chai menghiburkan peminatnya di platform TikTok, Ryan Bakery bagaimanapun tampil buka mulut bagi menerangkan apa yg sedang terjadi sebenarnya.

Ujarnya dia tak mahu populariti malah dia menjadi penghibur disamping mencari rezeki & sekarang ni pula dia sdg sibuk shooting filem yg mana dia juga merupakan watak utama serta dlm pada masa sama, dia sdg mengumpul duit kahwin. Ryan bagaimanapun akan kembali atau membuat come back selepas ni.

Video

Tonton Di Sini

Hantaran video tersebut bagaimanapun dihujani dgn ucapan tahniah diatas berita perkahwinan Ryan Bakery yg dikongsikan dlm rakaman terbabit selain peminat juga mendoakan agar urusan TikToker ni dipemudahkan.

“Tahniah Yan…”

“Semoga dipermudahkan…”

“Syukur Alhamdulillah”

error: Haipp!!!