Mon. Dec 5th, 2022

“Tahniah, selamat pengantin baru” Ryan Bakery Selamat Bergelar Suami Kepada Gadis Pilihan Hatinya Elyia Ibrahim

TAHNIAH buat pasangan pengantin baru, personaliti media sosial iaitu Ryan Bakery & gadis pilihan hatinya, Elyia Ibrahim apabila mereka dilihat sah bergelar suami & isteri.

Terdahulu, Ryan Bakery pernah berkongsikan tentang majlis perkahwinannya tu di rancangan MeleTOP.

Walau bagaimanapun, tak disangka-sangka buat peminat personaliti media sosial terkenal ni akhirnya dia menamatkan zaman bujangnya dgn gadis pilihan hatinya.

Menerusi platform TikTok pula, TikToker ni hangat diperkatakan ramai apabila majlis kahwin dia & pasangan tular di platform tersebut.

Detik bahagia pasangan ni disatukan turut tular menjadi perhatian ribuan peminat.

Sebelum ni, ramai mengagumi sikap tunang Ryan Bakery yg sering dilihat membantunya & menemani dia ketika terlibat dlm beberapa rancangan di kaca televisyen.

Jadi melihatkan pasangan bahagia ni akhirnya disatukan membuatkan peminat begitu tumpang bahagia.

Ryan Bakery di majlis kahwin juga memakai warna sedondon dgn isteri & video yg dikongsikan tu juga memaparkan personaliti media sosial terkenal ni dgn sekali lafaz sah bergelar suami.

Rakan Ryan Bakery turut dilihat memuat naik moment bahagianya.

Menerusi video berdurasi 10 saat tu, Ryan & isteri yg dilihat mengenakan persalinan serba putih meninggalkan pesanan ‘teruskanlah hidup walaupun tak berguna’ dgn nada bergurau.

Menjengah ke ruangan komen di perkongsian Multazamnasir tu juga peminat mengambil kesempatan tu utk meninggalkan ucapan tahniah buat Ryan Bakery & pasangannya.

“Tahniah, selamat pengantin baru”

“Wah Alhamdulillah…”

“La dh kahwin dh…”

Adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery juga memuat naik 1 hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.

Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata2 menyambut baik berita gembira tu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kpd Ryan.

Bestnya! Tahniah

Teringat dialog video dia

Lelaki kelakar memang jadi pilihan

Korang pula bila nak kahwin?

Namun, tak ada butiran lanjut seperti lokasi, mas kahwin atau hantaran berhubung majlis pernikahan tersebut. Apapun, selamat menjalani kehidupan rumah tangga buat Ryan & pasangan!

Sumber: Instagram Adam Bakery , TikTok @multazamnasir

error: Haipp!!!