Wed. Dec 7th, 2022

Seolah ‘Mengejek’ Pelanggan, Promo Zus Coffee Tanda Permohonan Maaf Isu Baki 5 Sen Dikritik Netizen

ISU seorang lelaki, Fdaus Ahmad mempertahankan hak beliau utk mendapatkan kembali duit 5 sen yg tak dikembalikan atas alasan ‘tak ada duit kecil’ menjadi isu hangat dlm kalangan netizen.

Ada yg setuju & ada yg tak setuju dgn penulisan lelaki tersebut.

Ada yg berpendapat tindakan ‘tegas’ Fdaus Ahmad tu sebenarnya akan menyebabkan cashier terbabit ditolak gaji andai kiraan jualan kurang & ada yg berpendapat perihal duit kecil ni adalah tanggungjawab majikan & pekerja tak sepatutnya ditolak gaji jika ia berpunca drpd salah majikan.

Sehubungan dgn tu, pihak Zus Coffee telah mengeluarkan ‘permohonan maaf’ di media sosial perihal insiden tersebut. “Utk semua 5 sen yg kami tak dpt pulangkan, Maaf. Terimalah diskaun (baucar) 75 sen utk segala kesulitan,” tulis Zus Coffee di perkongsian tersebut.

Netizen merasakan permohonan maaf tu bernada sinis & ibarat mengejek mereka yg pernah berhadapan dgn situasi seperti tu.

Bukan tu je, promo tersebut juga ‘tertakluk kpd terma & syarat’, mempunyai quota & cuma boleh ditebus menerusi aplikasi Zus je. Tak ada pilihan bayaran secara tunai.

Menerjah ke ruangan komen, ada yg mahu Zus Coffee mengisytiharkan berapa nilai 5 sen yg telah diambil mereka sebelum ni dgn alasan tak ada duit kecil.

Tak kurang juga ada yg berpendapat Zus cuba ‘menunggang’ isu ni dgn nada bergurau tetapi backfire kpd mereka.

Semoga insiden ni menjadi pengajaran buat semua & membuka mata pelanggan bahawa mereka mempunyai hak utk mempertahankan diri jika berada dlm situasi seperti ni.

error: Haipp!!!