Thu. Dec 8th, 2022

Zul Ariffin Didenda RM30,000 Selepas Mengaku Bersalah, Kongsi Video ‘Babak Panas’ Bersama Seorang Pelakon Wanita

PELAKON popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dlm media sosial miliknya.

Memetik kenyataan Harian Metro, Zul atau nama sebenarnya, Zul Ariffin didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Hadir seawal jam 8.10 pagi dgn menaiki MPV Toyota model Vellfire berwarna hitam di Kompleks Mahkamah Sepang, pelakon berusia 36 tahun tu turut diiringi oleh peguam yg mewakilinya & rakannya.

Zul sebelum ni didakwa berkongsi video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sbg promosi drama bersiri terbaharu lakonannya menerusi laman IG pada April lalu.

Selain mengundang kecaman netizen, video yg dimuat naik tu juga turut mendapat perhatian daripada Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Adegan di dlm video tu mengundang kritikan rakyat Malaysia terutamanya yg beragama Islam kerana drama tu dimaklumkan akan ditayangkan semasa Ramadan tahun ni.

Zul Ariffin yg diwakili peguam Sivaram Prasad memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan anak guamnya telah memadamkan kandungan tersebut serta tak mengulangi perbuatan tu selepas kejadian.

Sementara tu, Fazril dlm hujahan pemberatan hukuman mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap Zul Ariffin.

“Suatu hukuman yg mencerminkan ketegasan kerajaan berhubung kandungan internet ni perlu diambil kira mahkamah dlm membuat keputusan agar menjadi pengajaran bukan sahaja terhadap tertuduh malah masyarakat di luar sana,” katanya.

Sebelum ni, nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter gara2 berkongsi 1 klip video ‘panas’ sebuah drama terbaharunya yg akan ditayangkan tak lama lagi.

 

Utk berita terkini hiburan dlm & luar negara, jgn lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

error: Haipp!!!