Wed. Dec 7th, 2022

10 info kronologi kejadian kanak-kanak 2 tahun m4ut terjatuh kerusi bayi

KANAK-kanak biasanya akan diletakkan pada kerusi bayi agar mereka dpt menikmati makanan tanpa ibu bapa perlu mendukung atau meriba.

Bagaimanapun, malang tak berbau apabila seorang kanak2 berusia 2 tahun di Johor Bahru m4ut selepas terjatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran.

Berita kronologi kejadian yg dikongsikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Faril Ammar Abdullah.

Gambar Hiasan

1.Pada 4 Oktober 2022, kira2 5.23 petang, Polis Daerah Johor Bahru Utara telah menerima laporan daripada bapa kanak2 berkenaan yg mana anaknya meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi ketika sdg makan bersama keluarga di sebuah restoran yg terletak di sekitar Taman Sutera, Johor Bahru.

2.Menerusi siasatan, polis mendapati kanak2 berusia 2 tahun tu telah dibawa ibu bapanya ke restoran berkenaan pada kira2 jam 3.00 petang.

3.Kanak2 kecil tu telah diletakkan pada kerusi bayi.

Gambar Hiasan

4.Bagaimanapun semasa sdg makan, si kecil berkenaan telah bertindak di luar kawalan dgn menolak meja menggunakan kakinya sehingga menyebabkan kerusi bayi yg diduduki terjatuh ke belakang.

5.PERGERAKAN TU MENYEBABKAN KEPALA SI KECIL BERKENAAN TERHENTAK PADA LANTAI.

6.Polis turut memaklumkan insiden berkenaan menyebabkan si kecil tu menangis dgn kuat lalu pengsan. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh pekerja di restoran.

Gambar Hiasan

7.Sejurus kejadian tu, bapanya telah bergegas membawa si kecil berkenaan ke sebuah klinik swasta.

8.Bagaimanapun, keadaan kanak2 tu yg serius menyebabkan doktor di klinik tersebut meminta bapa berkenan menghantar anaknya ke hospital.

9.Bapanya telah membawa anak kecil tu ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor Bahru & disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perub4tan yg bertugas.

Gambar Hiasan

10.Pada 5 Oktober 2022, bed4h siasat akan dijalankan oleh di Jabatan F0rensik, Hospital Sultanah Aminah. Johor Bahru bagi mengetahui punca kem4tian.

11.Sehingga sekarang tak ada sebarang unsur jen4yah ditemui dalam kejadian tu. Kertas siasatan sudden de4th report telah dibuka & siasatan masih diteruskan.

TIP KESELAMATAN KERUSI BAYI

Gambar Hiasan

Mmg benar ‘baby chair’ diciptakan utk bayi. Namun utk meletakkan si kecil padanya, anda perlu mengikuti panduan yg betul agar situasi selamat.

Ini 8 langkah yg boleh diambil oleh ibu bapa sebelum meletakkan bayi pada kerusi bayi:

1-Anak anda boleh menggunakan kerusi bayi apabila mereka berupaya duduk tegak tanpa sokongan & boleh memakan makanan pejal.

Gambar Hiasan

2-Apabila menggunakannya, elakkan daripada meletakkan kerusi bayi berhampiran objek seperti dinding atau kerusi yg boleh ditolak oleh anak anda menyebabkan kerusi terbalik.

3-Pastikan anak anda menggunakan tali keselamatan atau abah2.

4-Sentiasa merujuk manual pengguna semasa memasang kerusi bayi. Sesetengah pengeluar juga menawarkan video YouTube yg memberikan arahan langkah demi langkah.

Gambar Hiasan

5-Sentiasa memeriksa kerusi bayi yg digunakan dari masa ke semasa. Semak kerosakan & periksa strukturnya sama ada masih kukuh & stabil sebelum digunakan.

6-Pastikan bayi anda menggunakan tali keselamatan atau abah2.

7-Pastikan anda meletakkan kerusi tersebut di kawasan yg boleh dilihat jelas & mempunyai akses pantas supaya anda boleh bertindak cepat sekiranya berlaku sesuatu.

Gambar Hiasan

8-Paling penting, jgn sekali-kali meninggalkan anak anda tanpa pengawasan.

Justeru berhati-hatilah & berwaspada meletakkan anak pada kerusi bayi.

Sumber: Bernama TV, Cnet

error: Haipp!!!