Mon. Dec 5th, 2022

Eyka Farhana Tak Menafikan Antara Sebab Imej Seksinya Sering Kali Diperkatakan, Lebih Selesa Utk Berdiam Diri Daripada Membalas Kritikan Netizen

Pelakon Eyka Farhana tak menafikan antara sebab mengapa imej seksinya sering kali diperkatakan adalah kerana mereka dah terbiasa menonton lakonannya yg sering tampil mengenakan pakaian yg tertutup.

Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, org luar seakan lebih tertumpu terhadap dirinya sedangkan imej Eyka sebelum ni pun mmg sedemikian.

“Pada saya, seksi ni merupakan perkara yg subjektif. Lagipun daripada dulu lagi org dh tahu saya begitu. Saya pakai je seluar pendek tapi penerimaan org luar mcm lebih tertumpu kpd saya.

“Ada je artis lain yg lebih seksi tapi org luar tak berapa perasan sgt. Mungkin mereka dh terbiasa dgn imej saya ketika berlakon yg selalu membawa watak wanita berpakaian tertutup. Jadi, bila saya pakai crop top atau skirt, tu jadi isu kpd mereka,” katanya

Dlm pada tu, pelakon berusia 28 tahun ni juga lebih selesa utk hanya berdiam diri daripada membalas kritikan netizen susulan imej yg diperkatakan tu.

Bagaimanapun, dia akan tetap mengambil segala kritikan daripada sudut positif.

“Apa yg saya gayakan tu adalah fesyen. Mungkin kalau fesyen saya ni agak keterlaluan, mungkin saya tak pakai lagi dh selepas tu,” katanya lagi.

Sementara tu, pelakon drama ‘Anak Tebing’ ni juga memaklumkan dirinya kini aktif dlm bidang fesyen & peragaan. Namun, kerjaya lakonan akan tetap menjadi kutamaannya sampai bila2.

“Saya berehat daripada dunia lakonan dah hampir setahun sbb saya nk cuba sesuatu yg baru. Jadi saya ceburkan diri dlm bidang branding, peragaan & fesyen.

“Bagaimanapun, pada masa yg sama, saya masih akan berlakon juga. Brand & fesyen juga merupakan minat saya. Begitu juga dgn lakonan. Skrg ni barulah saya nk kembali semula berlakon,” ujarnya lagi

Baru2 ni, Eyka telah dikritik hebat netizen gara2 menjadi salah seorang selebriti tempatan yg menggayakan koleksi pakaian dlm jenama popular antarabangsa.

Anda mempunyai penulisan artikel yang ingin dikongsi? Hantar penulisan anda di sini -> https://forms.gle/B7c5NWmgTeewPcPv5

error: Haipp!!!