Thu. Dec 8th, 2022

Pelancong Singapura Ini Berkongsi Kekecewaannya Dgn Servis Taman Tema Genting

GENTING SkyWorld telah dibuka secara rasmi & ramai org termasuk pengunjung tempatan serta luar negara tak melepaskan peluang utk berkunjung ke taman tema tersebut.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @iffart__ yg merupakan pelancong dari Singapura telah berkongsi kekecewaannya apabila berkunjung ke taman tema Genting Highlands tu.

Menurutnya, banyak permainan ditutup & diselenggara membuatkan dia berasa harga tiket tak setimpal dgn apa yg dia dapat. Bukan je permainan di Genting SkyWorld tetapi permainan di Skytropolis Funlands turut mengalami masalah yg sama.

Walaupun dia berasa kecewa tetapi dirinya masih akan berkunjung kembali ke taman tema Genting Highlands utk mencuba kesemua ‘rides’ yg tersedia kelak.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian org ramai & rata2 netizen yg telah berkunjung ke taman tema Genting Highlands turut bersetuju mengatakan byk permainan yg ditutup utk tujuan penyelenggaraan serta faktor lain.

Komen Netizen @tiktok iffart__

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan mungkin byk permainan dlm Genting SkyWorld disebabkan ia baru dibuka & byk lagi faktor perlu dipertimbangkan.

Skyworld & Skytropolis Funland Ticket in Genting Highlands

Anda mempunyai penulisan artikel yang ingin dikongsi? Hantar penulisan anda di sini -> https://forms.gle/B7c5NWmgTeewPcPv5

error: Haipp!!!