Mon. Dec 5th, 2022

Resepi Siput Sedut Masak Lomak, Fuhhh Terliur Dibuatnya!

UMUM tahu siput sedut ni kalau masak lomak mesti sedap, lagi2 kalau yg pedas & pekat punya. Fuhhh terliur dibuatnya!

Tapi pasti semua rasa renyah kalau nak basuh & siang siput ni sebab cengkerang dia yg keras tu susah nak sental bukan?

Peminat2 siput sedut bolehlah cuba resepi ni mana tahu kena dgn cita rasa korang. Nanti dah cuba, boleh masak selalu tak payah pergi kedai beli lauk yg dah siap masak tu. hehe

Dekat sini Mak Busu ada terangkan cara nak bersihkan siput sedut ni ikut cara Mak Busu & juga cara masak lemak cili api ‘style’ mak busu.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Yang Simple Ala Mak Busu

Cara-cara:

1. Basuh siput dgn kasih sayang. Mak Busu guna batu tumbuk sebagai penyental. Tapis & lalukan air. Jika perlu ulang berkali-kali.

2. Masukkan dlm bekas, letak sedikit air & taburkan garam kasar. Biarkan utk beberapa minit.

3. Tambah air & kacau. Ambil siput guna tangan. Jika tuang dlm tapis dikhuatiri pecahan kulit akan terikut sama.

4. Kemudian, tabur sedikit serbuk kunyit.

5. Tumbuk cili api & kunyit hingga lumat.

6. Masukkan bahan tumbuk, serai, siput, daun kunyit yg sudah disiat & sedikit air. Mak Busu masukkan sedikit tomato yg dah dihiris (utk dapat khasiat tambahan).

7. Masukkan santan (mak busu guna santan kotak je), asam keping. Kecilkan api. Bila santan dah masak masukkan garam kasar. Bila nak hidang, taburkan daun kunyit yg dihiris pula.

Bila dah siap tu makan dgn nasi panas sedap betul. Pastu korang boleh juga makan dgn sambal Biji Ranti & Terung Goreng Tepung Bersira Macam Mak Busu kita ni buat.

Kredit: Siti Hawa Yahya

Anda mempunyai penulisan artikel yang ingin dikongsi? Hantar penulisan anda di sini -> https://forms.gle/B7c5NWmgTeewPcPv5

error: Haipp!!!