Mon. Dec 5th, 2022

Ahmad Zahid: Syukur mandat dikembalikan kpd rakyat

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran atas pembubaran Parlimen sekali gus membuka kembali mandat rakyat bagi membuat penentuan mutlak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri tu, pembubaran dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan parti tersebut berserta pimpinannya sentiasa berjiwa besar dlm apa jua perkara melibatkan kepentingan rakyat & tanah air.

“Walaupun parti ni pernah disalah erti angkara fitnah & tipu daya beberapa tahun lalu, tak sesekali UMNO berpaling daripada perjuangan utk rakyat & negara.

“Dlm keadaan diburuk sangka, ditekan & diasak dari segenap arah, UMNO tetap istiqamah berpegang kpd kebenaran & tanggungjawabnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Ismail Sabri menerusi saluran televisyen pada jam 3 petang, Isnin mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi ruang kpd PRU15.

Jelas beliau, ia dibuat selaras dgn Perkara 40(2)(b) & Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan serta telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyentuh tentang kerjasama UMNO bersama pihak lawan bagi mengembalikan kestabilan negara susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan merupakan suatu perkara berjiwa besar.

Beliau berharap pembubaran Parlimen kali ni merupakan 1 langkah yg tepat bagi memberi kuasa penentuan kpd rakyat utk mengembalikan kestabilan & kemakmuran di bumi Malaysia.

error: Haipp!!!