Mon. Dec 5th, 2022

Insiden kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera, Rupanya ini punca 3 individu pengs4n

KIPAS pengalir udara tak dibuka dikenal pasti punca 3 individu pengsan akibat terhidu asap & gas di sebuah restoran makanan segera di Pandan Jaya, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata ketika kejadian, 3 pekerja di restoran terbabit sdg menggoreng ayam, namun kipas pengalir udara tak dibuka.

“Keadaan tu menyebabkan kandungan gas karbon dioksida & karbon monoksida yg melebihi kandungan gas oksigen tak dpt dialirkan keluar dari ruang dapur restoran terbabit.

“Akibat kejadian tu, 2 pekerja restoran pengsan & seorang lagi pekerja dlm keadaan lemah. Seorang pembantu perub4tan turut pengs4n ketika memberi bantuan kpd mangsa.

“Seorang lagi pembantu perub4tan & pemandu 4mbulans dari Hospital Ampang (HA) juga terkesan akibat kejadian tu, namun masih sedarkan diri,” katanya dlm kenyataan, hari ni.

Terdahulu, Mohamad Farouk berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima panggilan MERS999 daripada pihak bomba meminta bantuan polis berhubung kejadian kebocoran gas di restoran terbabit pada jam 9.56 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Selangor & Kuala Lumpur serta pasukan dari Balai Bomba & Penyelamat Pandan Indah & pasukan perubatan HA bergegas ke tempat kejadian.

“Semua mangsa kemudian dikejarkan ke HA utk r4watan selanjutnya. Semua mangsa dilaporkan berada dlm keadaan stabil.

“Kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) kpd HAZMAT & pasukan bomba utk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan tu, Mohamad Farouk turut menasihati pengusaha restoran & restoran makanan segera supaya mematuhi serta melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) & peraturan keselamatan yg ditetapkan pihak pengurusan bagi mengelak kejadian tak diingini.

error: Haipp!!!