Mon. Dec 5th, 2022

Pernah jual nasi lemak & baju bundle demi kelangsungan hidup, “Rezeki tu tetap ada & kita perlu berusaha” – Apex Tajudin

JUARA program realiti, Mentor Millenia 2019, Apex Tajudin melalui perjalanan yg sukar, termasuk pernah menjual nasi lemak & baju terpakai demi kelangsungan hidup.

Katanya, pengalaman berniaga ketika negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sgt mencabar, sedangkan dia baru selesai mengikuti program realiti televisyen tersebut.

“Rezeki tu tetap ada & kita perlu berusaha. Setiap hari, saya akan gunakan platform media sosial seperti TikTok utk mempromosikan diri & perniagaan. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan,” katanya.

Mempunyai lebih 350,000 pengikut di TikTok, Apex mengakui, sering memuat naik video nyanyian & pelbagai kandungan lain utk terus mendekati khalayak.

Selain menjadi medan berinteraksi dgn peminat, saluran tu juga membuka jalan kepadanya utk mempromosikan karya & mencari peluang rezeki dlm bidang nyanyian.

“Sebaik je memenangi pertandingan tersebut, saya pernah keluar dgn lagu ‘Panggung’. Saya hanya sempat melakukan beberapa promosi & selepas tu, negara berdepan dgn PKP.

“Semua perancangan ketika tu tergendala & saya terpaksa melakukan pelbagai usaha utk mempromosikan diri. Saya byk gunakan media sosial utk mengembangkan kerjaya seni,” ujarnya.

Penyanyi berusia 26 tahun tu bagaimanapun, bersyukur apabila percubaan terbarunya menerusi single, ‘Jannah’ menerima maklum balas yg baik daripada peminat.

Lagu ciptaan Ajai & lirik hasil nukilan Strawbericha tu dilancarkan secara rasmi pada 30 September lalu di semua platform digital.

“’Jannah’ merupakan lagu ketiga saya selepas ‘Panggung’ & ‘Pergi Jauh’. 2 lagu sebelum ni dikeluarkan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 & berdepan pelbagai kekangan utk mempromosikannya.

“Dah pasti, saya mengharapkan Jannah akan membawa nama Apex Tajudin ke peringkat lebih tinggi atau setidak-tidaknya lebih dikenali peminat baharu,” katanya yg kini menetap di Kedah.

Bercerita mengenai kerjasama dgn Ajai, dia gembira dapat menyanyikan karya daripada komposer prolifik yg dah berjaya membawa byk nama besar menempa kejayaan.

Lagu yg disifatkan cukup ‘manis’ tu juga sesuai dijadikan lagu utk tema perkahwinan & pastinya dia berharap Jannah turut membawa tuah kepadanya.

“Tak ada apa yg saya harapkan selain mahu melihat ‘Jannah’ diterima baik peminat. Terima kasih buat semua yg sentiasa menyokong kerjaya saya sejak awal lagi,” tambahnya.

‘Jannah’ merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) & edaran Indigital Music. Video muzik lagu tu boleh ditonton di platform YouTube Indigital Music.

error: Haipp!!!