Mon. Dec 5th, 2022

Aidid Marcello Kecewa Ramai Hentam Institusi Sekolah Tahfiz, “Sesama Islam Sama Naik Sebarkan Aib Dan…”

PERSONALITI TV popular, Aidid Marcelo akui terkilan dgn sikap segelintir pihak yg menghentam institusi sekolah tahfiz secara membuta tuli gara2 kontroversi yang melibat seorang pendakwah selebriti baru2 ni.

Menurut Aidid, disebabkan isu ni, ramai yg mula memberikan gambaran buruk sehingga ada yg mempertikai keperluan mempelajari Al-Quran di sekolah tahfiz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidid Marcello 🎬 (@aididmarcello)

“Aku sedih betul lepas terbaca komen2 post gambar pendakwah disabitkan kes baru2 ni.

“Memang semakin dekat kita dgn akhir zaman, bila semua pun nak tunjuk alim, tunjuk pandai, lepas geram & macam2.

“Betul atau salah orang tu, biarlah ditentukan tapi yg sedihnya sesama Islam kat komen tu boleh sama naik sebarkan aib & yg paling tak best tu dah sampai ketahap sentuh tentang keburukan sekolah tahfiz, tak perlu nak hafal Quran, boleh belajar sendiri, sebagai ayah boleh ajar anak sendiri,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Remaja tu menerusi entri terkini di laman IG.

Dalam pada tu, Aidid turut menyifatkan perbuatan seperti ni boleh berlaku di mana2 & jangan disebankan nila setitik, rosak susu sebelanga

“Bagi aku, kita tahu kita jahil macam mana. Kita tahu Allah tutup aib kita banyak mana. Jangan akibat salah seorang kena, kita sesama Islam sanggup bertikam lidah jauh daripada topik.

“Kalau nak jadi masalah, sekolah mana pun boleh jadi, tempat kerja mana pun boleh jadi, di rumah sendiri pun boleh jadi.

“Aku yg jahil ni, minta sangat kita janganlah tergolong dalam langkah2 kecil fitnah dajjal ni, & aku doakan kita sesama Islam kena selalu sedar dgn apa yg sedang terjadi di negara kita sendiri,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, dia juga tak mahu umat Islam terlalu mengikutkan nafsu amarah sehingga boleh memecahbelahkan agama.

“Dah lah tak mau cakap panjang sebab aku pun tak pandai mana, tapi rasa terpanggil nak tulis bila Sekolah Tahfiz dipandang hina bila berlaku sebegini.

“Kesimpulannya. Jangan kita tulis dengan rasa marah. Sebab tulis ni tak sama dgn kita bercerita. Dan ingat, syaitan akan sentiasa ada dgn kita utk bantu karangkan ayat2 kita bila fikiran tengah bercelaru.

“Maaf kalau terasa & terkasar. Hanya bersuara sebagai seorang muslim & ayah,” akhirinya.

Baru2 ni, seorang pendakwah selebriti didakwa atas pertuduhan melakukan amang s3ksual terhadap 2 remaja lelaki pada Februari & Julai lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aidid Marcello

error: Haipp!!!